TERKINI!!! SPR mahu pendek tempoh berkempen elak Covid 19 di PRK Batu Sapi

Mahu tidak mahu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan di Parlimen Batu Sapi.

Walaupun Batu Sapi berada di Sandakan, Sabah yang kini zon merah akibat pandemik Covid-19, PRK itu dilihat tidak boleh dielakkan kerana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang berlangsung pada 9 Mei 2018, baru berusia dua tahun lima bulan.

Jika terpaksa diadakan juga, SPR mungkin boleh menimbangkan beberapa alternatif antaranya memendekkan tempoh berkempen dan kemudahan undi pos kepada pengundi yang tinggal di luar Sabah.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, meskipun SPR mempunyai autonomi untuk menentukan tempoh berkempen, namun jangka masa yang terlalu pendek juga dilihat tidak begitu sesuai dan dikhuatiri akan menganggu proses pilihan raya.

“Kita perlukan masa untuk semakan daftar pemilih, juga untuk undi awal. Undi awal dengan undi biasa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mengenai undi pos kepada pengundi luar Sabah, beliau berkata, perkara itu libatkan pindaan undang-undang

Berita penuh: https://www.utusan.com.my/nasional/politik/2020/10/prk-batu-sapi-pendekkan-tempoh-berkempen/

COMMENTS

Wordpress (0)