Terkini : Tun M berjaya daftar parti Pejuang secara rasmi

Terkini : Tun M berjaya daftar parti Pejuang secara rasmi

Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad didaftarkan secara rasmi hari ini dan menggunakan huruf Jawi ‘Pa’ sebagai logo. Bakal Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjelaskan, logo berwarna ‘biru pantone’ itu turut terdapat tiga titik yang bermaksud rukun Islam, rukun Iman dan rukun negara.

“Nama parti guna lambang dengan huruf ‘Pa’, bermaksud pejuang dengan tiga titik di atas, melambangkan tiga rukun – Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara. “Kita harap ini menjadi satu simbol perjuangan kita khususnya masyarakat Melayu dan amnya rakyat Malaysia,” katanya selepas menyerahkan borang permohonan pendaftaran parti itu di Pendaftar Pertubuhan.

Tun M kongsi gambar di IG, dipercayai daftar Pejuang

Selain Muhkriz dan Dr Mahathir, lima lagi nama diserahkan sebagai jawatan kuasa penaja Pejuang. Lima penaja itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik, Datuk Seri Marzuki Yahya, Datuk Shahrudin Salleh dan Datuk Nur Khairi Ahmad.Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak hadir di Pejabar Pendaftar Pertubuhan.

Mukhriz dan lima yang lain menyerahkan borang permohonan kepada Ketua Pengarah ROS, Masyati Abang Ibrahim. Pada 7 Ogos lalu, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu yang bernama Pejuang. Parti itu, katanya tidak terikat atau menyokong mana-mana gabungan parti sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).

berita penuh: https://beta.astroawani.com/berita-politik/pejuang-didaftar-secara-rasmi-guna-huruf-jawi-pa-sebagai-logo-255887