Peminat K-pop sering dihadapkan dengan persepsi negatif masyarakat yang menganggap hobi mereka sebagai satu obsesi yang tidak sihat.
Terdapat juga yang mengecam golongan ini kerana berbelanja untuk membeli album, cenderamata, atau apa sahaja yang berkaitan dengan bintang pujaan mereka, termasuk tiket konsert yang mahal.
Di sebalik tanggapan negatif tersebut, seorang individu di laman X menarik perhatian ramai apabila mendedahkan bahawa kebanyakan peminat K-pop mampu menguasai lebih daripada satu bahasa.
Beliau menyatakan bahawa peminat K-pop tidak dapat disangkal kecerdikan mereka dalam bahasa Inggeris, dan ada juga yang menambah kemahiran mereka dalam bahasa Mandarin, Hangul (abjad Korea), bahkan bahasa Jepun atau Jerman.
Seorang pelayar X lain juga mengakui bahawa walaupun pada awalnya dia lemah dalam subjek bahasa Inggeris, dia mula mengalami perubahan selepas terjebak dalam dunia K-pop. Menurutnya, minatnya dalam K-pop membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggerisnya dari tahun ke tahun.
Selain itu, ramai peminat K-pop di Malaysia juga berjaya meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka melalui sari kata yang diterjemah daripada drama-drama Korea (K-drama).
Mereka menyatakan bahawa kebanyakan kandungan K-pop menggunakan sari kata Inggeris, dan drama Korea menggunakan sari kata Inggeris juga, yang membantu mereka meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris mereka dari semasa ke semasa.
Seorang pelayar X lain berkongsi kisah tentang seorang rakannya yang pernah dipandang rendah hanya kerana menjadi peminat K-pop, tetapi kini berjaya melanjutkan pengajian ke Korea Selatan.
Rakannya itu kini mahir dalam bahasa Inggeris dan Korea, malah pernah menjadi penterjemah sari kata untuk Netflix. Kisah ini menjadi inspirasi bagi mereka yang terus mengejar minat mereka tanpa menghiraukan kritikan orang.
Baca Juga : Rumah ada swimming pool, gaji baru 5k sebulan apa dia buat, rupanya sekali kantoi habis