Terpalit Rasuah, Menteri Pengangkutan Diarahkan Bercuti Oleh Perdana Menteri?

Siasatan terhadap Menteri Pengangkutan berhubung kes yang didedahkan oleh agensi tersebut telah dijalankan.

Namun, Biro Siasatan Amalan Rasuah Singapura (CPIB) tidak menjelaskan secara terperinci berhubung siasatan yang dilakukan terhadap Iswaran selaku Menteri Pengangkutan Singapura.

“CPIB sedar banyak pihak, termasuk masyarakat mengikuti kes ini kerana ia melibatkan seorang menteri.

“Memandangkan kes dalam siasatan, CPIB tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenainya,” jelas agensi itu dalam kenyataan seperti yang dilaporkan Berita Mediacorp.

Demikian juga jelas agensi terbabit, pihaknya akan menyiasat kes berkenaan secara menyeluruh dengan telus dan teliti bagi membuktikan fakta serta kebenaran untuk menegakkan kedaulatan undang-undang.

Baca : PADU!!! : Elon Musk Mahu Bertemu PMX Minggu Hadapan, Ini Yang Bakal Berlaku Pada Malaysia

Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menerusi kenyataan berkata, beliau sudah pun diberi taklimat oleh Pengarah CPIB mengenai kes yang didedahkan agensi itu.

Pengarah CPIB, Denis Tang turut meminta persetujuan Hsien Loong untuk menjalankan siasatan berkenaan.

“Ia akan membabitkan siasatan terhadap S Iswaran, saya beri kebenaran kepada Pengarah CPIB pada 6 Julai, selepas itu siasatan rasmi bermula pada 11 Julai lalu,” kata Hsien Loong.

Dalam pada itu, Hsien Loong berkata, beliau juga sudah mengarahkan Iswaran untuk bercuti sehingga siasatan itu selesai dan tugas menteri berkenaan akan dipangku oleh Menteri Kanan Negara, Chee Hong Tat.

CPIB dalam kenyataan berkata, Singapura mempunyai ‘pendekatan toleransi sifar yang ketat terhadap rasuah’.

Agensi itu juga menyiasat semua kes tanpa rasa takut atau pilih kasih dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terbabit dengan kegiatan rasuah.

Baca Selanjutnya :

PILU!!! : Cikgu Tadika Di Melaka Tikam Anak OKU Sebelum Bunuh Diri Undang Kisah Sedih Dialaminya

PANAS!!! : Influencer Ternama Dedah BFF Lelaki Rupanya Skandal Songsang Suami Sendiri, Berkali Sudah ‘Check In’

Yusof Haslam Tak Faham Apa Masalah Dengan Puteri Sarah