Tertukar beg dengan gadis di Langkawi, sekali kena ‘sound’ setepek

Tertukar beg dengan gadis di Langkawi, sekali kena ‘sound’ setepek. Tertukar bagasi di lapangan terbang, jeti mahupun stesen bas bukanlah suatu perkara as1ng kerana kejadian seumpama itu sering berlaku.

Iyalah, kebanyakan beg yang berada di pasaran bukan bersifat eksklusif dan apabila ia bercampur aduk disusuli waktu yang singkat, ada kalanya pemilik terlepas pandang.

Situasi itu turut dialami pelajar Politeknik Pauh, Perlis ketika hendak bercuti bersama rakan-rakannya di Langkawi, Kedah.

Menceritakan kembali insiden yang berlaku terhadap rakannya kepada mStar, Danish Zayn, 22, berkata, kejadian pada 26 Januari lalu terjadi kerana mereka tergesa-gesa untuk mendapatkan kereta sewa selepas turun dari feri di Pekan Kuah, Langkawi.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya dengan kawan, Amar Sayuthi yang tertukar beg tu bagi bagasi pada penjaga di atas feri. Kami sama-sama nampak yang beg kami diletakkan bertindih atas bawah.

“Masa tu kami dari jeti Kuala Perlis, sampai dalam pukul 7.30 malam. Sampai tu dah lambat lepas tu nak ambil kereta sewa lagi dan kena check-in resort, perut pun dah lapar.

“Bila dah sampai dekat jeti Langkawi kami pun turun awal sebab ingatkan beg kami ada di atas, tapi rupa-rupanya dah diubah ke bawah sekali.

“Beg saya ada bawah dan saya nampak ada beg serupa macam bagasi Amar di atas beg saya. Kami ambil sebab awal tu dah nampak penjaga feri letak beg kami sekali.

“Jadi dia pun ambil, kami pun tak terfikir nak periksa sebelum turun feri. Lepas tu kami check-in dan letak beg sebab nak pergi makan dan lepak kat Pantai Chenang, dalam pukul 10.30 malam baru balik resort.

Tertukar beg dengan gadis di Langkawi, sekali kena 'sound' setepek

Antara mesej yang diterima Amar selepas dia membuat p0sting di Facebook.

“Kami semua memang excited nak mandi kolam, balik tu Amar tengok beg dia terkunci. Dia pun hairan sebab beg dia memang tak kunci,” cerita anak kelahiran Perlis itu sambil ketawa apabila terkenang situasi yang berlaku kepada rakannya.

Menurut pemuda itu, Amar terus menelefon keluarga dan meminta password kerana bagasi yang digunakan itu milik adiknya.

“Adik dia cakap tak tahu sebab tempat kunci beg memang dah rosak. Masa tu, kami masih tak sangka lagi beg tertukar, jadi kami cuba tarik zip di sebelah atas… b0leh terbuka sikit.

“Kami tarik pakaian yang ada dan nampak seluar tidur bercorak,” ujarnya yang turut meyakinkan Amar bahawa beg sudah tertukar.

Selepas itu, katanya, Amar membuat posting di Facebook group ‘Saya Anak Perlis’ dan group ‘Langkawi’.

Masa jumpa nak tukar beg tu, dia macam tegas sikit la cakap ‘lain kali sblum turun feri check dulu beg’. – DANISH ZYNN

Ujarnya, dalam pukul 1.30 pagi itu, Amar terima mesej di WhatsApp mengatakan dia pemilik bagasi yang tertuk4r.

“Beg tertukar tu memang sama warna dan jenama. Pemilik dia perempuan berusia 19 tahun dan dia juga pelajar Politeknik Pauh. Masa jumpa nak tukar beg tu, dia macam tegas sikit la cakap ‘lain kali sebelum turun feri check dulu beg’.

“Dia pun baru balik Langkawi lepas habis f1nal exam. Kami pula akan konvo diploma pada bulan Mac nanti, saya jurusan Kejuruteraan Elektronik (K0munikasi) manakala Amar pelajar Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)

“Amar pun terpaksa pinjam baju dan kain pelikat kawan masa nak hantar beg tu,” jelasnya.

Tertukar beg dengan gadis di Langkawi, sekali kena 'sound' setepek

Amar membawa bagasi untuk ditukarkan kepada pemiliknya dengan memakai baju dan kain pelikat rakan.

Susulan kejadian itu, Danish memberitahu, dia dan rakan-rakan yang lain sering mengusik Amar dengan mengatakan pemilik beg yang dijumpai adalah jodohnya.

Bagaimanapun, katanya, Amar seorang pemalu dan dia juga tidak menghubungi pemilik bagasi berkenaan selepas kejadian tersebut.

Terdahulu, vide0 yang dimuat naik di aplikasi TikTok mendapat lebih 87, 200 tanda suka dan ditonton kira-kira 1.4 jutapelayar.

Antara komen netizen yang mencuit hat1 adalah ‘macam ni la papa terjumpa mama kamu dulu’.

Lebih menarik apabila kakak kepada pemilik beg tersebut turut meninggalkan k0men dan netizen membalas ‘bakal adik ipar akak kot’.

Sumber : mStar

Tonton:

Baca:

Beg sekolah dirampas monyet, reaksi pelajar ini dapat pujian netizen

Tergamam lelaki ini bila doktor jahit tanganya yang putus di kaki

Saintis perjelas kesan bumi “pusing” lebih cepat berbanding 50 tahun dahulu