Teruk gila penyamun ni kena pukul lepas terkandas kat ‘traffic jam’

Menurut laporan Tribunnews hari ini, sekelompok pencuri yang memasuki sebuah rumah di Bogor, Jawa Barat, dibelasah oleh penduduk tempatan setelah gagal melarikan diri karena terjebak dalam kemacetan lalu lintas.

Peristiwa itu berlaku di Vila Ciomas Indah pada Sabtu lepas. Menurut klip video kejadian, kumpulan pencuri tersebut menghentikan kereta mereka di depan sebuah rumah kosong sekitar pukul 12 tengah hari.

Mereka kemudian masuk ke dalam rumah tersebut dengan paksa. Ketika pemilik rumah pulang, dia terkejut melihat kereta terparkir di depan rumahnya. Dia menghampiri salah seorang pencuri yang dia sangka sebagai tetamu jirannya.

Teruk gila penyamun ni kena pukul lepas terkandas kat 'traffic jam'

Namun, setelah melihat dua pencuri lain keluar dari rumah dengan beberapa barang bawaan, pemilik rumah menyedari rumahnya telah dimasuki dan mula berteriak meminta pertolongan.

Ketiga-tiga pencuri itu cuba melarikan diri dengan menggunakan kereta mereka sambil dikejar oleh penduduk tempatan. Namun, usaha mereka terhenti ketika terperangkap dalam kemacetan lalu lintas tidak jauh dari tempat kejadian, menyebabkan mereka terlibat dalam beberapa kemalangan.

Penduduk setempat kemudian menyerang dan merosakkan kereta yang digunakan oleh kumpulan pencuri itu.

Komisioner Polis Ciomas, Iwan Wahyudi, mengesahkan bahawa beberapa jenis barang telah dicuri termasuk komputer riba, perhiasan, dan wang tunai dengan jumlah kerugian yang mencecah 50 juta rupiah (sekitar RM15,117).

Baca Juga : Terlalu taksub, obses K-Pop, sanggup belajar Bahasa Inggeris untuk lebih maju