Sehari selepas mendedahkan PPBM akan membincangkan pelantikan bekas pemimpin PKR, Azmin Ali ksebagai naib presiden, Faizal Azumu hari ini menjelaskan ia sebenarnya tidak pernah dibincangkan sebelum ini.
Timbalan presiden PPBM itu berkata ia harus diperhalusi pimpinan parti terlebih dahulu.
“Perkara ini tidak pernah dibincangkan sebelum ini dan saya ingin menegaskan apa juga perkara berkaitan dengan parti akan diperhalusi dan dibincangkan dalam mesyuarat majlis pimpinan tertinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ads by Streamlyn
Semalam, FMT melaporkan Faizal berkata PPBM akan membincangkan pelantikan Azmin pada suatu mesyuarat agung luar biasa, yang akan diadakan bersekali dengan perhimpunan agung tahunan nanti.
Perkembangan itu selepas Azmin secara rasmi menyertai parti Bumiputera itu.
PPBM baru sahaja selesai pemilihan parti, yang menyaksikan Ronald Kiandee, Radzi Jidin, dan Rafiq Naizamohideen terpilih sebagai naib presiden.