Seorang lelaki yang berkhidmat sebagai anggota badan beruniform kerap kali memaparkan penampilan yang segak dan kemas, menarik perhatian ramai.
Baru-baru ini, gambar seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menjadi viral di laman Facebook ‘Wira Negara’, dan beliau menerima pujian daripada netizen.
“Alhamdulillah, dapat menantu yang wajah sejuk macam ni.
Asal dari Sarawak, Mohammad Riduwan kini menjalankan tugas di Johor.
Beberapa netizen turut memberikan komen positif seperti “Handsome man. Semoga diberi kesihatan yang baik untuk anda” dan “Handsome la awak,” dengan nada berseloroh di laman Facebook.
Mohammad Riduwan, anggota bomba yang berasal dari Sarawak, berkongsi bahawa dia sedar fotonya menjadi viral selepas dimaklumkan oleh rakan-rakan.
“Walaupun kerja sebagai anggota bomba membabitkan risiko tinggi, tetapi saya anggap kerja ini sangat mulia,” katanya.
Namun, beliau turut menyatakan kebimbangan kerana fotonya sebelum ini pernah digunakan untuk akaun media sosial palsu oleh individu yang tidak bertanggungjawab, kira-kira dua bulan lalu.
“Ini kali pertama menjadi viral. Saya tahu selepas kawan yang share, ada yang mentioned. Instagram saya public, sebab itu sesiapa pun boleh share.
“Saya risau juga (viral) kerana sebelum ini pernah ada akaun palsu yang menggunakan gambar saya, tapi dengan nama orang lain. Tetapi kejadian itu telah selesai dua bulan lepas,” katanya.
Mohammad Riduwan menambah, “Saya telah membaca komen-komen dan terhibur. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong bomba. Komen yang membina saya terima sebagai ilmu. Komen negatif menjadi pengajaran.”
Berbicara mengenai pengalaman peribadinya, lelaki berusia 27 tahun itu mendedahkan bahawa dia tidak pernah bercita-cita menjadi anggota bomba. Sebaliknya, impian beliau adalah dalam bidang arkitek atau peragaan.
Walaubagaimanapun, takdir membawanya menyukai bidang kebombaan, yang membolehkannya berkhidmat kepada masyarakat.
“Baru empat tahun saya berkhidmat sebagai anggota bomba. Saya dilahirkan di Lawas, Sarawak, dan dibesarkan di situ juga. Sekarang saya berkhidmat di negeri Johor.
“Saya tidak pernah terfikir untuk bergelar anggota badan beruniform. Cita-cita saya sebenarnya ialah menjadi arkitek atau model. Tetapi setelah mencuba ujian fizikal dan temuduga, saya diterima.
“Saya direkrut selama enam bulan di Akademi Bomba Wakaf Tapai, Terengganu. Lama-kelamaan minat itu muncul, semangat itu menjadi lebih kuat untuk menjadi anggota bomba. Tugas anggota bomba adalah mulia, dan menyelamatkan nyawa orang adalah sesuatu yang luar biasa,” ungkapnya.
Pada akhir wawancara, Mohammad Riduwan memberikan pesan kepada anak muda untuk tidak ragu-ragu menyertai bidang kebombaan jika mereka mempunyai minat dan ingin berkhidmat kepada masyarakat.
“Cabaran dalam bidang kebombaan ini seperti biasa, memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Kerana setiap orang mempunyai emosi yang berbeza. Untuk anak muda yang lain, jika ada rezeki, cubalah kerjaya sebagai anggota bomba. Walaupun kerja ini membawa risiko tinggi, tetapi kerja bomba sangat mulia.
“Kita sanggup mengorbankan nyawa kita untuk menyelamatkan nyawa orang lain, tanpa mengira di laut atau di darat,” tutupnya.
Baca Juga : Lawa betul kafe ni patutlah ramai orang datang, seluruh kafe berkaca