Tip penting jika terpaksa memandu jalan yang dinaiki air

Ketika hujan ada setengah jalan akan dinaiki air. Kita pun redah saja kerana nampak air cetek dan kereta di hadapan mampu melepasinya.

Tapi bila dah melalui jalan tersebut kita jadi gelabah kerana rupanya paras air agak tinggi. Ini antara situasi biasa dilalui oleh pemandu ketika musim hujan.

Jika anda berada dalam keadaan ini, berikut adalah cara pemanduan yang perlu kita praktikkan.

1.  Paling penting sebolehnya elak daripada redah banjir! Jangan fikir kereta di hadapan anda lepas, kereta anda juga boleh lepas. Lebih selamat berpatah balik.

2. Jika satu-satunya jalan keluar adalah dengan mengharungi jalan dinaiki air, pandu dengan perlahan-lahan pada gear rendah/gear 2 (dalam 20km/h) pada kelajuan yang tetap.

3. Jangan lepaskan minyak, teruskan revving engine kenderaan anda kerana air boleh masuk melalui ekzos dan kotak angin. Bagi kereta manual, jangan tukar-tukar gear ketika meredahi banjir dan bagi yang automatik kekalkan pada D atau lebih rendah.

4. Jangan panik dan jangan cuba memandu laju. Memandu laju dalam banjir boleh menyebabkan tayar hilang cengkaman dan boleh menyebabkan aquaplaning (tayar kenderaan berada atas air bukan atas jalan)

Kalau terjadi aquaplaning ini, pegang kuat dan kemas steering anda dan lepaskan pedal minyak sampai tayar grip semula di atas permukaan jalan.

5. Setelah berjaya mengharungi jalan yang banjir, uji break dahulu. Mula-mula tekan break sampai anda yakin brek berfungsi. Kemudian pegang stering dengan kuat dan tekan brek sedikit demi sedikit untuk beberapa kali bertujuan untuk mengeringkan brek.

6. Kalau kereta telah di kelilingi air anda gagal melepasi banjir, tinggalkan kereta cepat-cepat dan terus pergi ke tempat yang lebih tinggi. Selamatkan nyawa anda dulu daripada kereta.

Bahayanya jalan dinaiki air ini adalah kita tidak tahu berapa kedalaman air. Kereta berisiko dihanyutkan air jika paras air terlalu tinggi.

INFO

Air setinggi lebih kurang 6 inci sudah cukup untuk mencecah bawah kereta dan menyebabkan kereta hilang kawalan dan boleh terbalik!

Paras air sekaki (lebih kurang 30cm) sudah boleh terapungkan kereta kalau lebih lagi, kenderaan boleh hanyut.

Jalan-jalan yang ditenggelami air dianggap tidak boleh dilalui kereta sekiranya -Paras banjir sedalam 0.35m (14″) di permukaan jalan. –Sekiranya paras banjir meningkat sedalam 0.76m (2’6″) di permukaan jalan ia tidak boleh dilalui semua kenderaan.

Baca Juga : Sambutan tahun baru dibenarkan, tapi ini syaratnya – KJ
Lelaki maut ditembak polis Serawak bukan individu dikehendaki
Touch’n Go, Smart Tag akan dihentikan di laluan tol
Temui 2 mayat remaja hilang 21 tahun lalu