Tips Beli Tiket Flight Murah

Tips Beli Tiket Flight Murah

“Mahalnya tiket flight!”

Setiap kali melakukan pembelian tiket penerbangan atau tiket flight, sudah pasti anda akan berhadapan dengan situasi paparan harga tiket yang ‘cekik darah’! Rupa-rupanya ada beberapa tips yang anda boleh guna supaya dapat harga tiket penerbangan yang lebih murah dari harga yang asal. Boleh jimatkan sedikit kos perjalanan ke destinasi perlancongan anda bukan?

5 TIPS BELI TIKET FLIGHT MURAH

Berikut merupakan 5 tips beli tiket flight untuk dapatkan harga yang lebih murah. Jimatkan poket sikit.

1. Book tiket hari selasa or rabu

Selalunya syarikat penerbangan tetapkan sistem or key in data flight baru pada 2 hari tersebut jadi rajin-rajin lah check online tiket flight hari selasa or rabu.

2. Clear cache browser

Kalau anda dah pernah bukak website penerbangan tu untuk survey sebelum ni, apa kata clear cache browser dulu untuk elak harga tiket makin naik sebab mereka boleh track yang anda dah pernah survey harga tiket dekat website tu.

3. Beli tiket asing pergi & balik

Kebiasaannya, kalau anda beli tiket asing untuk pergi & balik, harga akan jauh lagi murah compare dengan beli tiket return sekaligus.

4. Guna incognito mode

Bila nak survey tiket flight, guna incognito browser untuk elak harga tiket berubah-ubah/ naik sebab Google tak boleh track internet history kita melalui mode ini.

5. Guna Skycanner banding harga

Guna third party apps untuk survey and banding harga tiket flight yang termurah, tetapi pembelian dibuat di website atau apps syarikat penerbangan yang korang pilih.

Selain skyscanner boleh try:

– Google Flights

– Hopper

– Kayak

– Cheapflight

Baca juga:

IPT disarankan mempunyai mekanisme pastikan hasil kerja pelajar tulen, tidak dihasilkan oleh teknologi sepenuhnya

AS laksanakan sekatan ke atas firma Malaysia yang terbabit dalam penjualan petroleum Iran bernilai ratusan juta dollar

CR7 jaring 4 gol menewaskan Al Wehda, perolehi 503 gol untuk lima kelab berbeza

COMMENTS

Wordpress (0)