Tips mudah buat sos bawang putih terlajak lazat, sedap dan padu

Akhir minggu sering diisi dengan aktiviti bersama keluarga, dan jika anda merancang untuk berkelah dengan gaya ala-ala masyarakat Timur Tengah, mengapa tidak mencuba hasilkan sendiri mayonis atau sos bawang putih (garlic sauce).

Selain daripada citarasa yang dapat disesuaikan mengikut selera, kebersihan dan bahan mentah yang digunakan juga lebih terjamin, dan yang terpenting, bebas daripada bahan pengawet.

Garlic sauce ini tidak hanya boleh menambah selera kepada pelbagai hidangan seperti nasi Arab, roti nan, shawarma, malah ayam panggang. Resipi daripada Afiqah Hairi ini mudah untuk dicuba!

Tips mudah buat sos bawang putih terlajak lazat, sedap dan padu

Bahan-bahan:

– 4 ulas bawang putih
– 1 biji telur
– 2 sudu besar cuka
– 1 sudu besar gula
– 1 sudu kecil garam
– 1 cawan minyak jagung (masukkan sikit demi sedikit)

Cara penyediaan:

1. Kisarkan semua bahan sehingga mencapai tekstur seperti mayonis.
2. Jika ingin membuat stok, boleh gandakan nisbah bahan tersebut.
3. Simpan dalam peti ais supaya mayonis ini boleh tahan selama tiga bulan.

Selain mudah dihasilkan, anda juga boleh menyesuaikannya dengan rasa bawang putih yang lebih kuat atau lemah mengikut citarasa sendiri.

Jadi, tunggu apa lagi? Jadikan hujung minggu anda lebih menarik bersama keluarga dengan mencuba resipi ini. Selamat mencuba!

Baca Juga : Sekali saja pernah siang ikan tu pun manja-manja dengan mak