Tips nak buat kuih Ketayap Pandan sedap

Petang hari menjadi lebih memikat dengan menikmati juadah kuih-muih disertai dengan hirupan teh panas.

Jadi, jika anda sedang mencari idea untuk mencipta suapan yang istimewa untuk keluarga semasa waktu rehat,.

Cubalah hasilkan kuih ketayap yang lembut dengan inti kelapa yang lezat.

Tips nak buat kuih Ketayap Pandan sedap

Berikut adalah bahan-bahan untuk kulit kuih ketayap:

– 1 cawan air pandan
– 2 cawan santan
– 2½ cawan tepung gandum
– Secubit garam
– 1 biji telur
– 1 senduk makan minyak masak

Cara penghasilan kulit kuih:

1. Campurkan semua bahan, kemudian blend sehingga sebati, dan tapiskan.
2. Titiskan pewarna (biasanya guna warna hijau) dan kacau sehingga sebati.

Sementara itu, untuk bahan inti kuih ketayap, anda memerlukan:

– 1 cawan gula merah
– 2 senduk makan gula pasir
– 1 cawan air
– 1 biji kelapa parut
– 1 helai daun pandan

Cara penghasilan inti kuih:

1. Larutkan gula merah dan gula pasir dalam air bersama daun pandan.
2. Masukkan kelapa parut, dan masak hingga hampir kering.
3. Taburkan sedikit tepung gandum dan kacau sehingga sebati.

Untuk menghasilkan kuih ketayap, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Panaskan kuali yang digris dengan sedikit minyak.
2. Tuangkan satu senduk bancuhan tepung dan ratakan dengan memusingkan kuali ke kiri dan ke kanan untuk mendapatkan bentuk bulat.
3. Ratakan bahagian atas menggunakan sudip jika perlu.
4. Biarkan selama 3-4 minit di atas kuali.
5. Angkat dan gulung bersama inti yang sudah sejuk.

Selamat menjamu selera!

Baca Juga : Puteri Sarah hilang RM 26k minta pengawai pemasaran pulangkan balik duit