Menikmati paru goreng bersama nasi panas memang satu nikmat, terutama lagi jika ia digoreng garing dan layak untuk dinikmati begitu sahaja.
Walau bagaimanapun, untuk memastikan kegaringan paru, diperlukan teknik tertentu.
Jika ingin mengetahui teknik tersebut, mari kita ikuti perkongsian tips dan resepi paru goreng rangup.
Bagi rakan-rakan yang rajin, anda boleh menjadikan ini sebagai pendapatan sampingan.
Bahan-bahan yang diperlukan:
– Paru
– Bawang putih
– Serbuk kunyit
– Serbuk ketumbar
– Serbuk jintan manis
– Serbuk jintan putih
– Serbuk cili
– Tepung beras
– Garam
– Ajinomoto
Cara penyediaan:
1. Pertama-tama, basuh bersih paru dan rebus dalam air panas.
2. Sejukkan paru dalam chiller semalaman untuk memudahkan proses pemotongan apabila paru telah menjadi keras. Jika dipotong tanpa proses ini, pemotongan nipis menjadi sukar.
3. Keluarkan paru dari chiller, dan potong sehalus mungkin dengan menggunakan pisau yang tajam.
4. Kemudian, kisar semua bahan dengan sedikit air.
5. Seterusnya, gaul dan goreng dalam minyak yang sangat panas. Setelah agak masak, kecilkan api.
6. Pastikan paru telah agak keras seperti kerepek sebelum diangkat, kerana jika tidak, kecrispyan mungkin tidak dapat dicapai.
7. Selamat mencuba!
Baca Juga : Polis nafi makhluk asing turun, tapi netizen dedah apa yang berlaku sebenarnya