TMJ dan Sanusi akhirnya bertentang mata selepas sekian lama

ERTEMUAN antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman (KDA) FC sentiasa menyediakan aksi yang penuh kehangatan bagi peminat bola sepak tempatan.

Walaupun skuad Harimau Selatan diiktiraf sebagai pasukan yang lebih berkualiti, persaingan daripada pasukan Utara tanah air sentiasa memberikan saingan yang mencabar setiap kali berhadapan, menjadikannya satu perlawanan yang wajib ditonton.

Perlawanan ini turut menjadi lebih hangat apabila individu berpengaruh daripada kedua-dua pasukan ini pernah terlibat dalam pertikaian kata-kata yang sinis melalui media sosial.

TMJ dan Sanusi akhirnya bertentang mata selepas sekian lama

Individu yang dimaksudkan ialah pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor.

Permusuhan antara kedua-dua individu ini dikatakan bermula ketika Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor mengetuai jawatan berkenaan pada tahun 2021, dan jurang perbezaan antara mereka tidak begitu ketara pada ketika itu.

BACA LAGI: Apple kongsi cara keringkan iphone basah dengan betul, jangan letak dalam beras pulak