Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional Faiz Fadzil menggesa pemuda mereka menolak pemikiran menjadi pembangkang yang bermaruah, sebaliknya mendesak agar Kerajaan Pakatan Harapan ditubuhkan semula.
Beliau berkata demikian ketika meraikan Majlis Perasmian Mesyuarat Tahunan Pemuda Amanah Shah Alam Ke-4 semalam.
Mesyuarat Tahunan Pemuda Amanah Shah Alam Ke-4
“Pemuda Amanah juga harus kehadapan untuk membaiki demokrasi, menolak pengkhianatan terhadap mandat rakyat, jangan sesekali membiarkan kerosakan dilakukan dengan rakus sebelum PRU14 yang lalu,” katanya.
Dalam ucapannya beliau menegaskan agar Pemuda AMANAH kaya dengan idealisme seperti mengemukan idea perjuangan yang segar dan kontemporari
Selain itu, katanya, pemuda digalakan memberi tekanan dan impak kepada Parti AMANAH agar melakukan anjakan yang mendahulukan agenda rakyat.
“Pemuda Amanah mesti buktikan bahawa mereka juga setanding dan mampu memimpin negara sebagaimana yang dilalui oleh banyak negara maju pada hari ini,” katanya.
Sumber: