TRAGIS !!! Pelukis karikatur hina Nabi Muhammad terkorban dalam kemalangan ngeri

TRAGIS !!! Pelukis karikatur hina Nabi Muhammad terkorban dalam kemalangan ngeri

Kartunis Sweden, Lars Vilk, yang pernah mencetuskan kontroversi kerana karikaturnya menghina Nabi Muhammad S.A.W- maut dalam satu kemalangan ngeri menurut laporan media Sweden.

Menurut akhbar tempatan, Dagens Nyheter, Vilks, 75 menaiki satu kereta dengan dua pegawai polis pelindungnya, di mana kesemuanya maut.

Menurut polis, kenderaan polis terbalik dan terbabas ke lorong bertentangan lalu bertembung dengan sebuah trak, yang kemudiannya terbakar. Kejadian berlaku pada tengah hari Ahad, dekat luar Markaryd.

Pemandu trak tersebut terselamat dan telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan sebab kemalangan kini dalam siasatan.

Tapak kejadian.

Ketua Polis Negara, Anders Thornberg berkata ” Dengan sangat kecewa dan sedih saya menerima berita bahawa dua rakan sekerja dan anggota keselamatan kami meninggal petang ini. Fikiran saya beralih kepada saudara, keluarga, rakan dan rakan sekerja.”

Sementara itu, Stefan Sintéus, ketua unit penyiasatan wilayah yang bertanggung jawab untuk perlindungan diri di wilayah itu, mengatakan: “Ini adalah peristiwa yang sangat tragis. Sekarang penting bagi kita semua untuk melakukan apa sahaja untuk mengetahui apa yang berlaku di tapak kejadian dan penyebab berlakunya perlanggaran tersebut. “

Vliks yang hidup di bawah perlindungan polis dan tinggal di lokasi rahsia ekoran menerima ancaman bun0h sejak akhbar tempatan Sweden, Nerikes Allehanda menerbitkan karikaturnya yang menghina Nabi Muhammad pada 2007.

Berita Penuh : https://ttkm.com.my/2021/10/04/kartunis-lukis-h1na-nabi-muhammad-maut-dalam-kemalangan-ngeri/amp/

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )