Seorang penjual donat jalanan di Pulau Bali kembali menjadi tumpuan netizen setelah menerima hadiah istimewa berupa wang tunai dan sebuah rumah.
Daripada lelaki yang sebelum ini pernah dibantunya
Ni Luh Sri Wulandari, 27, telah mendapat perhatian sebelum ini kerana memberikan tiga biji kuih donat secara percuma kepada seorang lelaki warga Amerika Syarikat, Isaiah Garza, tanpa menyedari bahawa Garza adalah seorang pesohor media sosial.
Garza, yang ketika itu berpura-pura tidak mempunyai wang, meminta sebiji kuih donat daripada Ni Luh untuk dimakannya.
“Kita perlu saling membantu,” kata Ni Luh ketika ditanya mengapa dia bersedia memberikan tiga biji donat kepada lelaki tersebut.
Mendengar jawapan tersebut, Garza menghulurkan wang tunai sejumlah 7.5 juta rupiah (RM2,251) sebagai tanda penghargaan terhadap kebaikan hati Ni Luh.
Tidak lama selepas insiden tersebut, Garza kembali dengan menyediakan satu kejutan besar bagi Ni Luh.
“Saya ingin memberikan kejutan kepada penjual di kali lima itu dengan menghadiahkan sebuah rumah baru dan wang tunai sebanyak 155 juta rupiah (RM46,524).
“Impian Ni Luh adalah memiliki rumah, dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu,” kata Garza dalam keterangan video yang dikongsikan.
Dalam video tersebut, Ni Luh dibawa ke rumah barunya dengan matanya ditutup.
Setelah membuka penutup mata, dia terharu hingga menitikkan air mata, lalu mengucapkan rasa terima kasih kepada Garza.
Baca Juga : Aliff Syukri berang orang tak puji dia bayar zakat puluh juta