Tujuh bulan sebelum penggal berakhir, tiada PRK di DUN Gurun

Tujuh bulan sebelum penggal berakhir, tiada PRK di DUN Gurun. PRK tidak perlu diadakan di DUN Gurun kerana ia dikosongkan terlalu dekat dengan tarikh penggal berakhir, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Juhari Bulat.

“Kalau jawatan itu dikosongkan dalam tempoh lebih dua tahun sebelum penggal berakhir, maka kita akan adakan PRK,” katanya, selepas penyandang Johari Abdul mengosongkan kerusi itu serta-merta kemarin.

“Tetapi, kini tempohnya cukup singkat iaitu kira-kira tujuh bulan sahaja lagi sebelum penggal berakhir, jadi mengikut undang-undang tiada keperluan untuk mengadakan PRK.”

Dalam satu hantaran video di Facebook, Johari mengesahkan telah meletak jawatan pada Isnin (13 Dis), selepas Johari menerima suratnya.

Pemimpin PKR itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengundi Gurun yang menyokongnya sepanjang menjadi ADUN.

Ditanya mengenai keputusan mengosongkan kerusi DUN berkenaan, Johari tidak menolak ia kemungkinan berkait pencalonannya sebagai speaker Dewan Rakyat.

BACA JUGA:

Ramai belum tahu kewujudan penting JHEV ATM di Malaysia, jom baca untuk tahu

Dr Zulkifli beri penjelasan, hukum suami tidak pergi solat Jumaat gara-gara isteri

Rasulullah Muhammad SAW; Teladan Terbaik Sepanjang Zaman (Kajian Dari Sudut Pandangan Tauhid)

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Tujuh bulan sebelum penggal berakhir, tiada PRK di DUN Gurun […]