Tular pegang alat sulit budak, terus masak, peniaga berdepan tindakan tegas

Tular pegang alat sulit budak, terus masak, peniaga berdepan tindakan tegas.

Menerusi video berdurasi satu minit 24 saat itu, kelihatan seorang wanita sedang menyiapkan masakan sebelum seorang kanak-kanak datang kepadanya dan membuang air kecil di dapur berkenaan.

Namun, apa yang membuatkan netizen geli adalah wanita terbabit bertindak membasuh kemaluan kanak-kanak terbabit dengan menggunakan tangan lalu membilasnya dengan air dari sebuah bekas sebelum mengalihkan ayam goreng yang sudah dimasak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon, pihaknya telah mengambil maklum berhubung kejadian berkenaan dan satu pasukan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi dihantar untuk menjalankan siasatan.

Pemeriksaan di lapangan pada pukul 11.45 pagi tadi mendapati premis disewakan kepada bukan warga negara di mana kesemua empat pengendali makanan tersebut tidak mempunyai sijil latihan pengendali serta seorang didapati tidak mempunyai suntikan typhoid.

Antara kesalahan yang ditemui di restoran berkenaan adalah pencemaran silang di tempat penyimpanan makanan, tidak menjaga titik kawalan kritikal ke atas makanan yang telah dimasak.

Lantai kotor dan tidak dibersihkan, dinding berhabuk dan bersawang, penyimpanan makanan yang tidak bersih, terdapat talang telur yang berada di tempat penyediaan makanan dan telur-telur tidak dicuci sebelum digunakan.

Kompaun dikeluarkan

Ujarnya lagi, terdapat kesalahan lain dikesan antaranya adalah tempat mencuci tangan tidak dilengkapi dengan sabun cecair serta pengering tangan. Malah, mereka menggunakan tong sampah yang kotor dan tidak bertutup selain sistem saliran yang tidak efektif sehingga menyebabkan air melimpah ke atas permukaan jalan.

Susulan itu arahan penutupan telah diberikan di bawah Seksyen 12 Akta Makanan 1983 serta Arahan Pembersihan di bawah Seksyen 10(1) Akta Makanan 1983.

Kompaun juga turut dikeluarkan ke atas pemilik premis kerana gagal memastikan premis di dalam keadaan baik dan bersih di bawah Peraturan 11(1), dibaca bersama Peraturan 15(1) kerana tidak mendaftarkan Premis di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Dalam pada itu, Tian Soon turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna media sosial yang memuat naik video berkenaan serta mengingatkan orang ramai untuk memilih premis makanan yang mengamalkan pengendalian yang bersih.

BACA JUGA:

Tercari tips untuk dapat kuku sihat berkilat tanpa ke spa, ini caranya

Suami tercinta rupanya gay, mari ikuti apa nasihat mufti

Anda yang menghidap hiperhidrosis, ikuti tips ni untuk cegah kemurungan diri

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Tular pegang alat sulit budak, terus masak, peniaga berdepan tindakan tegas […]