Tular video pemandu lori sesak nafas sebelum meninggal, tapi dituduh mabuk sebab rempuh kereta

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang wanita dipercayai sedang memarahi dan mendakwa seorang pemandu lori berada dalam keadaan mabuk kerana telah melanggar beberapa kenderaan yang diparkir di bahu jalan.

Serang, tuduh pemandu lori mabuk

Menerusi video pendek yang dikongsikan, kelihatan pemandu lori terbabit masih berada di dalam kenderaan tersebut dengan keadaan yang sangat lemah dan separa sedar. Pada ketika itu, seorang wanita dipercayai dalam keadaan marah datang mendekati pemandu lori tersebut dan menuduh lelaki itu berada di bawah pengaruh alkohol kerana telah melanggar beberapa kereta yang diparkir di bahu jalan sehingga menyebabkan kerosakan yang agak teruk.

Awak mabuk ke? Awak tak nampak apa awak buat? Dia mabuk ni.

 

Meskipun dimarahi dan dituduh mabuk, pemandu lori itu langsung tidak memberikan apa-apa respon malah dia kelihatan seperti sedang menahan sakit. Wanita berkenaan didakwa langsung tidak menghiraukan keadaan pemandu lori terbabit sebaliknya dia terus merakam keadaan sekeliling.

Pemandu lori macam tengah tahan sakit

 

Sementara di ruangan komen, seorang individu yang dipercayai merupakan rakan sekerja pemandu lori terbabit mengatakan bahawa lelaki berkenaan tidak berada di bawah pengaruh alkohol seperti yang didakwa wanita itu tetapi pada ketika itu dia sedang mengalami serangan jantung dan telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam.

Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon dan kecaman daripada netizen. Menurut mereka,wanita terbabit tidak sepatutnya menuduh tanpa usul periksa. Tidak terhenti di situ, kebanyakan netizen menggesa agar wanita terbabit tampil membuat permohonan maaf kepada keluarga arwah.

Komen netizen

‘Don’t simply say mabuk-mabuk’

Baca Juga : Satu keluarga terkejut, anak 3 tahun dikhatankan oleh jin

WhatsApp kemaskini baru, padam semua perbualan secara automatik dalam 24 jam

Wanita diberkas polis selepas muat naik, jual video lucah diri sendiri