Tular video peminta sedekah ketuk kepala wanita kerana tak diberi duit.Sebuah video yang menunjukkan peminta sedekah menolak kepala seorang wanita yang sedang makan di sebuah restoran menjadi tular dalam media sosial.
Menerusi video yang dikongsi, kelihatan dua wanita menunggu makanan mereka dihidangkan di sebuah restoran.
Selepas makanan tiba, mereka menjamu selera sebelum didatangi seorang peminta sedekah
Ketika menjamu selera, mereka didatangi seorang peminta sedekah.
Menurut pemilik video tersebut, Rezza Ayatillah Velayati, rakannya tidak dapat mengambil duit di dalam kocek seluar kerana tangannya dipenuhi dengan sisa makanan.
“Rakan saya membuat isyarat ‘maaf’ kepada peminta sedekah itu kerana tidak dapat memberinya duit berikutan tangannya kotor’.
“Namun, tidak semena-mena, peminta sedekah itu terus menolak kepala rakan saya.
“Perbuatannya amat mengejutkan, malah tanpa mengucapkan maaf, peminta sedekah itu terus berlalu pergi,” katanya kepada Tribunnews.
Dalam pada itu, polis Probolinggo, Aman Suryaman memaklumkan, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai video tersebut dan akan melakukan siasatan.
Katanya, jika benar peminta sedekah itu menolak kepala wanita tersebut, maka dia boleh didakwa mengganggu ketenteraman awam.
“Kita akan siasat jika benar insiden itu berlaku seperti yang didakwa atau demi bahan kandungan media sosial semata-mata,” ujarnya.
BACA:
Ramai yang bimbang, girlfriend Azri Iskandar cuma ‘scammer’
Kini ‘giliran’ subsidi minyak masak tulen botol pula dimansuhkan
Kelantan bakal ada penjara terbesar, atasi masalah kesesakan penghuni di Zon Timur