Tumpuan China kini ke arah Metaverse, cecah RM33 Billion nilai pasaran

Tumpuan China kini ke arah Metaverse, cecah RM33 Billion nilai pasaran. Dalam mengejar peralihan teknologi ke arah metaverse, China dikhabarkan sudah mula mengorak langkah pertama didahului oleh syarikat-syarikat besar tempatan.

Difahamkan nilai pasaran metaverse di negara ini mungkin akan mencecah 52 trilion yuan atau sekitar $8 trilion (bersamaan RM33,550,400,000)!

Rakan kongsi pengurusan di CloudTree Ventures, Winston Ma menjelaskan metaverse merupakan rangkaian sosial akan datang: “Mahu tidak mahu, syarikat teknologi besar China perlu terima kehadirannya dan terikat dengan pengguna internet generasi muda. Hubungan ini sangat kritikal apabila produk berkaitan telefon pintar dan internet mudah alih sudah capai kematangan.”

Tumpuan China kini ke arah Metaverse, cecah RM33 Billion nilai pasaran

Antara syarikat yang sudah menyusun pelan untuk terlibat dengan metaverse termasuklah: Tencent.

Sementara itu, ByteDance (syarikat TikTok) pula awal-awal lagi sudah meneroka metaverse yang berkaitan gaming sejak tahun lalu. Sebagai rekod, pada Ogos – syarikat ini telah membuat pembelian pengeluar headset realiti maya (VR), Pico.

Jika diperhatikan pada kerancakkan perniagaan ini, ByteDance telah memiliki asas dalam VR, media sosial, dan gaming.

Pada masa yang sama, Alibaba akui mereka bakal melancarkan cermin mata realiti berperantara (augmented reality, AR) untuk perjumpaan maya pada tahun ini.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga telah memperkenalkan influencer maya yang dikenali sebagai Dong Dong bagi tujuan mempromosikan Olimpik Musim Sejuk di Beijing melalui platform beli-belah dalam talian, Taobao.

NetEase dan Baidu pula masing-masing memfokuskan kepada perkembangan aplikasi metaverse sejak tahun lepas. Misalnya Baidu, telah pun melancarkan aplikasi metaverse, XiRang dan dikatakan ia mampu menampung sehingga 100,000 pengguna secara serentak.

Bagaimanapun, timbalan presiden Baidu, Ma Jie menjelaskan mereka memerlukan sekurang-kurangnya lagi 6 tahun untuk pelancaran penuh XiRang.

Pun begitu, negara ini juga turut melaksanakan perundangan yang ketat bagi memastikan industri berada di bawah penyeliaan yang terkawal.

Buktinya, mereka menerapkan undang-undang anti-monopoli dan larangan permainan video dalam talian bagi kanak-kanak berusia bawah 18 tahun.

Walaupun China beria-ria menyekat industri kripto, melalui pendekatan dan sambutan terhadap metaverse, boleh disimpulkan negara ini sebenarnya memilih untuk berjaga-jaga dan meneliti keperluan mereka untuk terlibat dalam fenomena ini.

Adakah China sekali lagi akan mendahului perlumbaan ini, sebagaimana ia memenangi perlumbaan pengenalan mata wang digital bank pusat (CBDC)?

Tonton:

Baca:

Dari buruh kasar ke model pakaian, kisah pakcik ini buat rakyat buka mata

Wow! Ini 3 kereta super ‘rare’ yang pernah Messi miliki ketika dengan Barcelona

Hanya sebab anaknya autism, keluarga Adam dihalau keluar dari rumah sewa, ini luahan bapa…