Tun M disiasat polis? Ini penjelasan PDRM.Polis menafikan wujud siasatan baharu terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seperti dilaporkan beberapa portal.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Seri Abd Jalil Hasan berkata kali terakhir Dr Mahathir dipanggil polis adalah pada 23 Mac tahun ini untuk membantu dalam kes berkaitan buku oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
“Kenyataannya diambil sebagai saksi untuk menjawab beberapa perkara yang dibangkitkan dalam buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin (4 April).
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air itu sebelum ini berkata beliau akan dipanggil pihak berkuasa untuk disiasat.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sebab di sebalik siasatan itu.
TONTON :
BACA:
Cara mohon Bantuan Kewangan Prihatin RM200 sebulan
Iqram Dizly buat hal lagi, buat live pakai ‘lingerie’ sambil selawat
Jutawan Hartanah yang pernah jadi pengutip sampah nekad saman fitnah RM10 Juta