SETIAP pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga lazimnya akan berbincang mengenai perkara-perkara penting sebelum memulakan hidup bersama.
Antaranya soal nafkah terhadap pasangan, tempat tinggal, pembahagian tugas atau kerja rumah dan sebagainya.
Namun tidak dinafikan ada segelintir bakal suami bersikap dominan atau mementingkan diri sendiri ketika membuat keputusan tanpa memikirkan pasangan mereka, sebagaimana situasi yang dilalui seorang wanita ini.
“Saya ni nak kata berkerjaya tu tak la, cuma saya ada kerja yang tetap. Duduk Kuala Lumpur, boleh bagi mak ayah duit bulan-bulan.
“Tiba-tiba tunang saya beritahu yang dia dah beli rumah dekat kampung dia, sebelah rumah ibunya. Saya terkejut sebab benda ni secara tiba-tiba.
“Pertama sekali, sudah tentu saya kena tinggalkan kerjaya saya dekat KL. Keduanya saya duduk jauh dengan parents saya, ketiga, saya rasa macam dikawal sampai saya tak ada hak nak cakap apa-apa.
“Rumah dia beli tu kira kawasan pedalaman. Dia kata tak payah kerja, jadi suri rumah. Dia pun nak tinggalkan kerja dia sekarang dan nak berniaga saja,” luahnya.
Menurut wanita berkenaan, dia bukan tidak mahu bersyukur namun merasakan apa yang dilakukan oleh tunangnya adalah tidak adil kerana tiada perbincangan sebelum membeli rumah tersebut.
“Sebelum ni saya cakap tak nak duduk serumah dengan mentua, last sekali dia beli rumah betul-betul sebelah rumah ibunya tanpa pengetahuan saya.
“Bukan ke benda ni kena berbincang dulu? Saya juga fikir mak ayah saya yang dah tua.
“Saya nak bagi duit dekat mak ayah setiap bulan. Kalau saya berhenti kerja dan duduk sangat jauh, macam mana dengan mak ayah saya,” luahnya lagi.
Menangis sekarang tak apa, jangan menangis kemudian hari. Tolong sayang diri sendiri sebelum sayang orang lain.
Wanita yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi berkata, situasi berkenaan sekali gus membuatkan dia tawar hati dan terfikir untuk tidak meneruskan hubungan dengan tunangnya.
“Kadang fikir kenapalah jalan hidup aku macam ni. Setiap kali saya sahaja yang dengar semua arahan dia, padahal belum jadi suami lagi ni.
“Saya rasa menyesal sangat nak teruskan semua ni. Adakah saya yang salah kerana terlalu emosi atau saya buat keputusan yang betul untuk cancel perkahwinan ni. Tolonglah semua saya penat menangis,” kongsinya dalam laman grup Luahan Hati Seorang Isteri.
Menjengah ruangan komen, rata-ratanya bersetuju dengan pendirian wanita tersebut yang enggan meneruskan perkahwinan kerana bimbang dia ‘makan hati’ apabila sudah berkahwin kelak.
“Menangis sekarang tak apa, jangan menangis kemudian hari. Tolong sayang diri sendiri sebelum sayang orang lain. Fikirlah habis-habis, sekali terikat, susah untuk undur kembali.
“Lepas kahwin, semua keputusan suami buat tanpa berbincang. Sis makan hati, sudahlah tak ada kerja, suami pun berhenti kerja. Kedua, kesian parents sis, sis nak ke seumur hidup menyesal?
“Semua vote untuk cancel. Jangan dah kahwin nanti awak luah lagi dekat sini betapa seksanya mengharap duit laki. Jaga anak jaga mentua dan tak ada kawan sebab duduk jauh daripada persekitaran sekarang,” demikian antara komen netizen.
Baca juga: Pemandu e-hailing label penumpang bertudung tiada duit