Tunggu masa yang sesuai untuk membolosi perairan Malaysia. Kira-kira dua bot besar yang sarat membawa pelarian Rohingya kini menuju ke Malaysia.
Pemerhati isu pelarian Rohingya sejak tahun 2015, Norman Fernandez berkata, berdasarkan maklumat yang tersebar, menerusi kenyataan daripada aktivis Rohingnya mendedahkan bahawa bot-bot berkenaan kini berada hampir dengan perairan negara.
“Jelas, mereka hanya menunggu masa yang sesuai untuk membolosi perairan kita untuk memasuki negara bagi melepasi rondaan anggota-anggota laut kita,” katanya pada Sinar Harian pada Rabu.
Norman yang juga merupakan seorang peguam berkata, hujung tahun sehingga bulan Mac dilihat musim atau waktu yang sesuai buat pelarian Rohingya ke Malaysia.
BACA JUGA:
“Koyak”, pengadil Vietnam VS Malaysia luah sesuatu di media sosial
Dikenali dengan lawatan mengejut, tetapi tetap mengejutkan bila Loke ke KLIA 2 pula