Tutup bonet kereta, hempas atau tekan? Ini caranya

Tutup bonet kereta, hempas atau tekan? Ini caranya.

Terdapat dua cara berbeza yang sering dilakukan ketika menutup bonet kereta.

Selain menutup dengan cara menghempas dari paras tinggi, ada juga yang hanya menekan rapat penutup bonet sehingga tertutup.

Sebenarnya, mana satu cara yang betul?

Sekiranya dirujuk pada buku manual panduan yang biasa disediakan, cara menutup pintu bonet yang sebenar adalah dengan melepaskan dari posisi tinggi dan bukannya ditekan.

*Berikut adalah langkah menutup pintu bonet mengikut buku panduan Mitsubishi Xpander:*

1. Lepaskan batang penyendal dengan memasukkan semula ke tempat asal.

2. Turunkan pintu bonet secara perlahan sehingga berada pada posisi jarak 20 sentimeter (cm) sebelum dilepaskan.

3. Pastikan penutup terkunci rapat dengan mengangkat sedikit bahagian tengah antara bonet

Bagaimanapun, sekiranya cara di atas tidak berhasil, anda boleh cuba melepaskan pintu dari posisi lebih tinggi.

Jangan menekan pintu bonet dengan kasar kerana ia boleh merosakkan penutupnya.

Namun, harus tetap berjaga-jaga dengan posisi jari agar tidak tersepit sewaktu menutup bonet.

Kemudian periksa sekali lagi bagi memastikan bonet benar-benar terkunci bagi mengelakkan penutup terbuka secara tiba-tiba sewaktu dipandu.

BACA JUGA:

Nak Nampak cantik dan sihat? Wanita ini kongsi tips serta rahsia resipi remidi turun temurun Jus Kunyit!!

CR7 ajak 4 rakan MU bercuti ke Arab Saudi… Bukti hubungan mereka masih akrab

Rahsia Goreng Ikan Bilis supaya Rangup & Tahan Lama, Begini Rupanya!!