’Umno mampu lahirkan 10 lagi `KJ’ dan 10 `Shahril Hamdan’ yang lebih setia’ – Dr Muhamad Akmal Saleh
ADUN Merlimau itu berkata, pemecatan dan penggantungan ahli serta pemimpin parti adalah perkara biasa, namun yakin Umno mampu melahir serta mengetengahkan ramai pemimpin pelapis untuk menganggotai pucuk kepimpinan parti.
“Inilah hakikatnya, pemimpin datang dan pergi, InsyaAllah saya yakin Umno mempunyai pelapis pemimpin muda yang boleh diketengahkan.
“Kalau kita kehilangan pemimpin muda seperti KJ (Khairy Jamaluddin) dan Shahril Hamdan, saya percaya Umno mampu melahirkan 10 lagi `KJ’ dan 10 `Shahril Hamdan’ yang lebih setia pada masa akan datang,” katanya.
Beliau juga menasihatkan ahli Umno supaya tidak terus bersedih dan kecewa sebaliknya terus memperkuatkan iltizam serta usaha bagi melahirkan lebih ramai pemimpin berwibawa dan setia, sekali gus memastikan Umno lebih mantap pada masa depan.
Umno pada Jumaat lalu memecat Khairy yang juga bekas ketua pemudanya dan bekas ketua Umno Selangor Noh Omar kerana melanggar disiplin parti semasa PRU15.
Bekas ketua penerangan Umno, Shahril Hamdan dan beberapa pemimpin lain termasuk bekas naib presiden, Hishammuddin Hussein; bekas Ahli Parlimen Jempol, Salim Sharif; dan pemimpin Umno Tebrau, Maulizan Bujang pula digantung keahlian selama enam tahun.
BACA JUGA:
Demam Babi Afrika (ASF): Tidak menjangkiti manusia dan bukan zoonotik
Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023 dihiasi dengan pertunjukkan air pancur berirama
Jika pergi Perak, kena cuba cendol padu ini! Ada kuih-muih yang lain juga..