’Update’ terkini Timeline Twitter berdasarkan pilihan terakhir anda

’Update’ terkini Timeline Twitter berdasarkan pilihan terakhir anda.

Pada halaman utama Twitter sekarang ada satu perubahan dibawakan untuk pengguna.

Iaitu anda boleh pilih sama ada nak baca tweet dari pengguna yang anda ikuti melalui tab For You atau tweet yang disyorkan melalui tab Following.

Buat masa ini apabila kita buka Twitter, tab yang terus dipaparkan ialah For You.

Jadi bagi pengguna yang suka buka tab Following pasti akan rasa menjengkelkan, sebab perlu ubah tab itu sendiri setiap kali membuka Twitter.

Namun perkara ini akan berakhir tidak lama lagi, sebab Twitter sedang mengemas kini platform web dan aplikasinya untuk buka tab terakhir yang anda gunakan secara lalai.

Maksudnya kalau anda baca tweet pada tab Following sebelum tutup aplikasi, maka nanti apabila anda buka aplikasi semula, tab Following juga yang akan disiarkan untuk anda.

Ciri ini sudah mula dilancarkan hari ini pada pada web dan ia akan tersedia untuk aplikasi Android dan iOS tidak lama lagi.

Anda lebih suka tab For You atau Following? Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Tapi saya lebih sukakan tab For You.

Di For You, suapan dijana secara algoritma yang mengetengahkan tweet tertentu, berdasarkan pengguna dan perbualan yang Twitter percaya berkaitan dengan anda.

Kadang-kadang ada banyak tweet menarik daripada pengguna yang saya tidak ikuti dicadangkan.

Dalam masa yang sama, walaupun ia boleh memaparkan siaran lebih lama yang mungkin pengguna terlepas, tapi ia juga cenderung menyembunyikan tweet daripada sesetengah individu yang diikuti.

Jadi tab ini berpotensi menyukarkan anda untuk mengikuti perkembangan terkini.

Manakala di tab Following pula, anda lebih mudah ketahui perkembangan semasa daripada pengguna yang anda ikuti.

Tapi masalahnya, tweet diri sendiri pun turut ada dalam tab ini. Perkara tersebut sangat merimaskan saya.

BACA JUGA :

8 Pergerakan Untuk Bersenam Setiap Hari

Elakkan 10 cara ini ketika mendidik anak.. Agar anak tak keras hati kelak

Peminat Bento Sandwich boleh cuba.. Resepi mudah ini inspirasi dari Jepun