Uqasha bangga Kamal Adli tak pernah merungut uruskan anak

Pelakon popular, Kamal Adli meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Hawra Uqaira yang kini berusia dua bulan membesar dengan baik dan sihat.

Menurut laporan Media Hiburan, aktor yang berusia 38 tahun itu akui saling bergilir menjaga keperluan anak bersama isterinya yang juga aktres, Uqasha Senrose adalah cabaran terbesar buat mereka sebagai ibu bapa.
Kamal Adli

“Syukur alhamdulillah, Uqaira sudah masuk dua bulan usianya. Syukur setakat ini anak kami sihat. Cepat masa berlalu kerana sekejap sahaja dia membesar.

Uqasha bangga Kamal Adli tak pernah merungut uruskan anak

“Jujurnya pada awal kelahiran memang agak sukar sedikit. Saya saling bertukar giliran dengan Uqasha untuk menjaganya. Uqasha jaga Uqaira sebelah siang manakala saya pula malam.

“Tapi malam pun Uqasha akan bangun juga. Tak dinafikan susah juga rupanya untuk berjaga malam memandangkan ada ketikanya Uqaira sukar tidur dengan lena,” katanya.
Kamal Adli

Dalam pada itu, Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli bangga dengan Uqasha yang baru sahaja selesai fasa berpantang tidak pernah mengeluh dalam menjaga puteri sulung mereka.

“Alhamdulillah Uqasha baru habis pantang. Saya bangga dengan dia sebab caranya dalam menjaga anak kami.
“Saya juga gembira tengok perubahannya sebagai seorang ibu sekarang. Dia memang betul-betul komited sanggup bangun, menyusu dan tidak merungut langsung,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Kamal dan Uqasha membina mahligai pada 5 November 2021 dan sebelum ini, Uqasha pernah alami keguguran sebanyak dua kali.

Baca : Penuh lalat hurung pengantin perempuan masa bersolek, terkejut tengok kawasan rumah