Ustaz Azhar Idrus jawab soalan orang ramai, boleh tidak suami mandikan jenazah isteri dan sebaliknya

Ustaz Azhar Idrus jawab soalan orang ramai, boleh tidak suami mandikan jenazah isteri dan sebaliknya. PEMERGIAN isteri atau suami tentunya mengundang duka. Kehilangan orang yang tersayang merupakan satu perkara yang amat menyedihkan bagi semua insan tidak kira lelaki atau wanita.

Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Matinya manusia maka terputuslah hubungan antara jasad dan roh dan merupakan detik permulaan manusia menuju ke negeri akhirat yang merupakan garis permulaan bagi satu perjalanan yang sangat panjang.

Sebagai tugas terakhir, ramai menyimpan hasrat untuk mengurus jenazah pasangan termasuk lelaki yang bergelar suami kepada isteri termasuk memandikan.

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus berkongsi lanjut persoalan tentang hukum seorang suami memandikan jenazah isterinya.

SOALAN
Boleh atau tidak jika suami hendak memandikan jenazah isterinya.

JAWAPAN
Paling afdal ialah jenazah perempuan dimandikan oleh perempuan dan harus bagi suami memandikan jenazah isterinya atau sebaliknya.

Dalam hadis Aisyah RA Nabi Muhammad bersabda ertinya: “Jika kamu mati sebelum aku maka aku akan uruskan jenazahmu iaitu memandikan dan aku kafankan kamu dan aku solatkan ke atasmu dan aku tanam akan kamu.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan An-Nasaie)

Berkata Syeikh Nawawi al-Bantan As-Syafie “Dan harus bagi lelaki memandikan jenazah isterinya dan hamba perempuannya walaupun perempuan kitabiyah dan harus bagi perempuan memandikan jenazah suaminya.” (Kitab Nihayah Zain).

INFO WANITA MEMANDIKAN JENAZAH KETIKA HAID
Adakah wanita boleh memandikan jenazah ketika dalam tempoh haid? Berikut perkongsian daripada Pejabat Mufti Wilayah:

1-Tiada larangan bagi wanita dalam keadaan junub mahupun sedang haid untuk memandikan jenazah.

2-Paling penting, sebagai seorang yang ditugaskan untuk memandikan jenazah mereka perlu amanah tanpa menyebarkan aib si mati sekiranya melihat perkara-perkara yang buruk kerana haram menyebut perkara yang buruk berkaitan si mati.

Semoga info yang dikongsikan Ustaz Azhar ini merungkai persoalan anda berkenaan memandikan jenazah pasangan.

BACA JUGA:

Zahid beri peruntukan RM12 juta isu banjir termenung, penduduk Rantau Panjang zahir penghargaan

Menjelang usul undi percaya Isnin, semua parti gabungan meterai perjanjian untuk sokong Anwar

Lagi PMX perlu memperbetul kesilapan pemimpin lepas, kali ini rundingan Singapura pula