Baru-baru ini, penceramah bebas, Ustaz Don Daniyal menjadi sensasi ekoran dirinya telah direhatkan daripada mengendalikan program Salam Baitullah terbitan RTM.
Nampaknya nama Ustaz Don menjadi tumpuan sekali lagi apabila tular satu video jenakanya di media sosial. Apa yang mengeruhkan keadaan lagi apabila dia menjadikan kisah nabi tercinta sebagai konten jenaka untuk tatapan umum.
Dalam video tersebut, Ustaz Don ada membuat satu jenaka terhadap isu dilemma kaum wanita yang tidak tahu makan di mana jika bersama dengan pasangan.
Oleh itu, Ustaz Don mengatakan bahawa dia akhirnya telah menemui jawapan dengan mengambil kisah Nabi Adam dan Hawa sebagai panduan.
“Kali terakhir seorang perempuan pilih untuk makan, Siti Hawa, kita semua kelaur daripada syurga, melawak je gurau, kalau tak boleh gurau duduk surau,” katanya dengan nada berseloroh.
Video gurauan berkenaan telah menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan pengguna media sosial kerana ia merupakan satu perkara yang tidak boleh dibuat jenaka apabila berkaitan kisah nabi.
Kalau sampai pasangan Nabi Adam pun si Don Daniyal ini jadikan bahan jenaka, rasanya memang patut dia direhatkan dari siaran TV. Baik gunakan masa yang terluang perbaiki masakan di restoran.
pic.twitter.com/ySBb85QBaw— Roman Akramovich (@SyedAkramin) June 8, 2024
Orang ramai turut mengatakan agak terkejut melihat perangai Ustaz Don yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini yang mana merosakkan reputasi peribadinya.
Baca juga: Sejak baby pandai pakai laptop, pemuda usia 18 tahun kini jutawan