Setiap kali masuknya bulan Ramadan, ramai umat Islam di negara kita teruja untuk menunaikan ibadah berpuasa dan menyambut hari Raya.
Jika dahulu kala, lagu-lagu raya sudahpun berkumandang di corong radio biarpun Ramadan hanya menjejak hari pertama.
Sanak saudara pun sudah mula berutus surat dan kad raya dari awal bulan puasa. Kad yang diterima kemudiannya akan digantung sebagai hiasan hari raya. Kalau dapat kad dari Istana, makin bangga lah jadinya.
Namun amalan itu sudahpun pupus ditelan zaman. Kini masing-masing sekadar mengutuskan mesej hari raya yang di ‘broadcast’ kan kepada rakan-rakan di WhatsApp dan media sosial.
Selain tu, ada juga yang memilih untuk lebih bersederhana dalam menyambut Ramadan dan hari raya pada tahun 2024 ini berbanding tahun sebelumnya. Jika dulu hampir setiap hari singgah ke bazar Ramadan, kali ini ramai yang memilih untuk memasak sendiri di rumah.
Pakaian raya pula jika sebelum ini berbelanja beratus-ratus ringgit untuk beberapa pasang, tahun ini ada yang memilih untuk lebih berjimat dek faktor ekonomi masa kini. Malah, ada yang menggunakan baju raya tahun lalu demi penjimatan.
Adakah kerana peningkatan usia atau peredaran masa?
Hasil tinjauan di media sosial, kami dapati ada ibu bapa yang mengaku terpaksa berjimat dalam membuat persediaan hari raya kerana telah mengeluarkan perbelanjaan yang agak besar semasa permulaan sesi persekolahan sebelum ini.
Apapun pilihan anda, pastikan hari raya 2024 tetap bermakna
Biarpun dalam kesederhanaan, kita tetap boleh rayakan Aidilfitri ini dengan penuh makna. Harga pakaian, jenis makanan dan harga kuih muih bukanlah penentu kebahagiaan sewaktu hari raya.
Malah, dengan adanya promosi HapPening Raya oleh MYDIN kali ini, orang ramai boleh berjimat dalam berbelanja, dalam masa yang sama pastikan semua ahli keluarga gembira.
Kali ini, MYDIN menganjurkan peraduan duit raya, bazar Ramadan rahmah, pilihan baju raya rahmah bermula serendah RM39.90 dan kelengkapan hiasan rumah untuk memeriahkan persiapan kita menyambut Aidilfitri.
Malah, MYDIN juga mengadakan majlis berbuka puasa Iftar Ala Madinah bagi menghidupkan suasana Ramadan di tanah suci selain mengeratkan silaturahim antara pengunjung.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, MYDIN turut mengedarkan bubur lambuk di cawangan-cawangan terpilih di seluruh negara.
Selain itu, anda juga boleh berjimat dengan berbelanja menggunakan e-wallet Boost dan SPayLater. Anda akan mendapat diskaun RM5 (SPayLater) atau pulangan tunai RM5 (Boost) bagi pembelian RM50 ke atas di mana-mana cawangan MYDIN berhampiran. Bagi pengguna SPayLater, jangan risau, anda tak perlu bayar caj sekiranya membuat pembayaran semula pada bulan seterusnya.
MYDIN turut membuka bazar Ramadan rahmah di cawangan terpilih di mana pengunjung boleh mendapatkan makanan berbuka pada harga yang serendah RM4.90 untuk satu hidangan bersama air. Memang berpatutan!
Baca juga: Rafizi bodohkan Sanusi