(VIDEO) Abang polis menangis ketika bertugas, terima berita ibubapa ditidurkan

(VIDEO) Abang polis menangis ketika bertugas, terima berita ibubapa ditidurkan

Pada musim pandemik ini, angka kematian yang dilihat tidak menunjukkan penurunan secara drastik pastinya merisaukan masyarakat.

Lebih-lebih lagi kepada pesakit yang sedang dirawat di hospital dan dibantu oleh barisan frontliner dalam usaha menyelamatkan nyawa mereka.

Selain itu, petugas-petugas seperti polis dan sebagainya juga turut memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan berlaku penularan dan sanggup berkorban masa dan tenaga.

Namun, terdapat prosedur yang menjadi ketakutan kepada masyarakat iaitu ‘ditidurkan’. Bagaimanapun, Ia adalah salah satu kaedah untuk menyelamatkan pesakit daripada menerima kesan yang lebih teruk.

Abang polis menangis ibu bapa ditidurkan

Disebalik kerisauan tersebut, terdapat seorang individu yang mengalami nasib yang sama apabila mendapat khabar buruk akan kesihatan ahli keluarganya.

Tular sebuah klip video memaparkan seorang anggota polis trafik yang menangis teresak-esak apabila mengetahui ibu bapanya yang dijangkiti virus wabak perlu ditidurkan.

Menerusi video berdurasi 21 saat yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @mrbulatt87, anggota polis itu dilihat berulang kali mengucap takbir sambil ditenangkan rakan setugasnya.

lebih menyanyat hati, anggota tersebut turut mengucapkan kata-kata supaya ibu bapanya segera bangun dengan nada yang sebak dan mengharukan.

Difahamkan juga, ibu bapa kepada individu tersebut juga merupakan anggota yang berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Minta kenalan semua kita doakan ya pada NORMALA BINTI ABDUL GHANI (MAK) dan SHARIP BIN IBRAHIM (BAPA).
@mrbulatt87😭minta kenalan semua kita doakan ya pada NORMALA BINTI ABDUL GHANI(MAK)SHARIP BIN IBRAHIM(BAPA)#covidisreal🌏💔♬ Sholawat Merdu – zahra

Netizen tak henti beri semangat

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan kata-kata semangat buat anggota polis itu selain turut mendoakan kesihatan ibu bapanya.

Setakat ini, video yang dikongsikan itu telah mencapai lebih daripada 700,000 jumlah tontonan selain kata-kata semangat daripada 6,215 orang netizen.

Dalam kesempatan ini, kami dari pihak Oh! Media ingin menyeru agar kita sama-sama mendoakan kesihatan ibu dan bapanya agar kembali sihat seperti sedia kala. Amin.

BACA JUGA :
Jepun beri amaran kepada warganya, kemungkinan ada ancaman keganasan di Malaysia
[VIDEO] Ini sebab kenapa orang siram air kat kubur dan hukumnya oleh Ustaz Azhar
Kajian antarabangsa dedah ahli politik berbadan gemuk lebih cenderung untuk rasuah