Baru-baru ini tular, sebuah video yang memaparkan dua orang pelajar sekolah menengah dipukul dengan sangat teruk tular di media sosial.
Menurut laporan Kosmo!, kejadian itu berlaku di hadapan sekolah sekitar Sg Long, Kajang dan dua pelajar itu cedera di kepala dan badan selepas serangan itu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 3.04 petang.
“Dua pelajar sekolah diserang lebih kurang 10 lelaki tempatan menggunakan senjata paip PVC dan batang besi sebelum melarikan diri menaiki dua buah kenderaan berbeza.
Kedua-dua mangsa berusia 16 dan 17 tahun telah menerima rawatan di Hospital Kajang dan disahkan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan,” katanya.
Difahamkan, pihak polis telah menahan empat suspek berusia lingkungan 18 hingga 21 tahun, di sekitar Amapang.
Bagaimanapun, polis masih giat mengesan baki suspek yang terlibat manakala punca kejadian masih tidak dapat dipastikan.
Selain itu, pihak polis meminta sesiapa yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan mana-mana balai yang berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804.
Baca juga: Rahsia nak dapat ayam rangup sebijik macam kedai mamak popular