[VIDEO] Ini 4 tanda jika kucing anda sedang demam

[VIDEO] Ini 4 tanda jika kucing anda sedang demam

Kucing adalah haiwan peliharaan yang suka bermain dan sangat aktif. Ada juga kucing yang suka tidur serta pemalas dan ada juga yang kuat makan.

Walaupun ada kucing yang nakal, rata-rata pemilik kucing sangat menyayangi haiwan peliharaannya itu.

Pun begitu, kucin ini juga tidak terkecuali daripada jatuh sakit. Antara sakit yang sering berlaku kepada kucing adalah demam.

Ini 4 tanda jika kucing anda sedang demam

Jadi bagaimana nak tahu kalau kucing anda sedang demam?

Satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @aiman.zukri ini ada menerangkan tentang cara-cara untuk tahu bahawa si bulus ini sedang demam.

Seperti yang dikongsikannya di dalam video tersebut, terdapat empat petanda yang boleh diketahui sekiranya kucing kita itu demam.

Yang pertama adalah, suhu badan kucing tersebut akan menjadi panas sama seperti simptom yang terdapat pada manusia.

Kedua pula adalah, kucing anda akan lebih kerap tidur berbanding kebiasaan. Sekiranya kucing anda aktif dan banyak bermain pada sebelum ini secara tiba-tibanya ia sering tidur, berkemungkinan kucing anda sedang demam.

Petanda yang ketiga pula adalah kucing anda tiada selera makan. Menurutnya, kerana badan kucing anda itu sedang lemah dan kurang bertenaga untuk makan makanannya.

Keempat pula ialah kucing anda akan kerap minum air berbanding kebiasaan. Disebabkan badan mereka sedang panas, jadi mereka memerlukan air untuk menyejukkannya.

Selain daripada itu, tekak mereka juga akan menjadi kering. Justeru, disebabkan itulah mereka akan kerap meminum air.

Jadi, apa yang kita boleh buat sekiranya kucing kita demam?

Menurut saranannya, pemilik kucing boleh memberikan vitamin untuk kucing bagi menguatkan antibodi mereka. Selain daripada itu juga, bawalah kucing anda berjumpa terus dengan doktor haiwan untuk mendapatkan ubat yang sesuai bagi kucing anda.

@aiman.zukriKalau demam berlarutan boleh terus bawa ke vet #shouldbeme #fyp #kucing #catlover♬ Kucu Kuca – Chorus – Lia Aziz

Berita Penuh : https://siakapkeli.my/2021/09/16/video-macam-mana-nak-tahu-kucing-sedang-demam-lihat-4-tanda-ini-pada-kucing-anda/

BACA JUGA :
Polis tiba-tiba buka dompet selepas tahan warga emas kutip barang lusuh..
Selepas kecoh isu VIP ‘booking’ solat Jumaat, SOP baru bakal dilaksanakan di masjid & surau
Jeff Bezos suntik dana untuk projek ‘Hidup Abadi’