[VIDEO] Lori tangki minyak meletup, 91 maut

[VIDEO] Lori tangki minyak meletup, 91 maut

Sekurang-kurangnya 91 orang maut manakala sebilangan besar lagi cedera apabila sebuah lori tangki yang membawa bahan api meletup di bandar Freetown, Sierra Leone, lapor stesen penyiaran CNN hari ini.

Pengarah Komunikasi Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Sierra Leone, Mohamed Lamrane Bah berkata, pihak berkuasa telah memindahkan mangsa-mangsa cedera ke hospital dan mengumpul mayat-mayat yang bergelimpangan.

Kerja-kerja menyelamat di lokasi kejadian juga telah ditamatkan.

Lori tangki minyak meletup, 91 maut

Orang ramai melihat kesan-kesan letupan lori tangki yang membakar beberapa buah kenderaan di Freetown, hari ini.

Menurut beberapa saksi, insiden itu berlaku apabila sebuah kenderaan terbakar berdekatan sebuah stesen minyak akibat kemalangan jalan raya.

Api kemudiannya merebak dan membakar orang ramai yang berada di dalam kenderaan dan di jalan raya berhampiran lokasi kemalangan.

“Saya ingin menzahirkan rasa simpati terhadap anggota keluarga kesemua mangsa. Kerajaan akan melakukan apa yang termampu untuk membantu keluarga yang terjejas,” kata Presiden Julius Maada Bio di Twitter.

BACA JUGA : Bekas penembak negara meninggal dunia
Mahkamah benar gambar, video kes bunuh Syed Danial dimainkan
Pemenang pingat olahraga dunia Quinonez mati ditembak

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )