SIAPA sangka di sebalik ketegasan karakter Datuk Ramli MS, rupanya wujud sisi penyayang yang ditunjukkan pemuzik terkenal ini terhadap anak angkatnya iaitu Nur Izzara.
Menerusi satu hantaran dimuat naik di Instagram, isterinya iaitu Datin Alyah, 43, berkongsi video gelagat Ramli melayan bayi diberi nama Izzara itu.
Dalam video tersebut, Ramli atau lebih mesra dengan sapaan Tok Ram, 66, leka berbual dengan Izzara mengenai makanan meskipun bayi perempuan itu masih belum pandai bertutur.
Ramai yang terkejut melihat kemesraan Tok Ram.
Kagum melihat sikap penyayang ditunjukkan Tok Ram itu, Alyah memaklumkan dia sendiri jarang berinteraksi dengan suaminya meskipun tinggal serumah.
Malah, dia melihat perbezaan layanan yang ditunjukkan Tok Ram sejak mempunyai bayi berkenaan.
“Peramah dua beranak ini, daddy dengan mummy tiga patah saja bercakap sehari,” katanya menerusi kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Tok Ram malah ada tidak menyangka dia pandai melayan anak kecil.
“Tak sangka Tok Ram pandai melayan Izzara.
“Mesti tengah bonding time dengan ayah dia,” komen netizen.
Baca : Tunjuk hero, ujian untuk Akmal Saleh di Nenggiri