[Video] Teman lelaki gilis kekasih sehingga mati

Teman lelaki gilis kekasih sehingga mati. Seorang lelaki di China telah ditahan selepas menggilis teman wanitanya beberapa kali menggunakan kereta sehingga mati, lapor portal Mothership, semalam. (Video di hujung artikel)

Insiden itu berlaku di Tangshan, Hebei bandar yang sama di mana seorang wanita diserang dengan kejam oleh sekumpulan lelaki pada bulan Jun.

Menurut polis tempatan, mereka menerima laporan pada 2 Ogos pada 11:53 pagi (waktu tempatan) tentang seorang lelaki merempuh seorang wanita dengan keretanya di sekitar kolam renang.

Pegawai telah dihantar ke tempat kejadian dan siasatan awal mendapati lelaki itu berbuat demikian selepas berselisih faham dengan wanita itu.

Wanita yang hanya dikenali dengan nama keluarga Wang, telah dihantar ke hospital tetapi meninggal dunia akibat kecederaannya.

Lelaki itu melarikan diri dari tempat kejadian tetapi ditahan pada hari yang sama kira-kira pukul 3 petang.

Menerusi rakaman video oleh saksi, kereta yang digunakan kelihatan seperti kenderaan utiliti sukan jenama Jeep.

Video tersebut yang tular di media sosial menunjukkan kereta itu melanggar mangsa beberapa kali hingga terbaring di atas jalan.

Kereta itu dilihat membuat pusingan untuk menggilis wanita itu apabila dia sudah terbaring di atas tanah.

Polis memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi merungkai punca kejadian.

BACA JUGA :

Influencer didakwa upah gangster bunuh teman lelaki

Dua petugas kesihatan kantoi melakukan hubungan seks di bahagian belakang sebuah ambulans

Penduduk Itali terkejut kapal selam timbul di tengah jalan bandar milan

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] [Video] Teman lelaki gilis kekasih sehingga mati […]