[VIDEO] Tok Penghulu mengamuk, 2 beradik dikompaun RM8,000

[VIDEO] Tok Penghulu mengamuk, 2 beradik dikompaun RM8,000

Menerusi satu video yang tular semalam, seorang penghulu kampung dilihat telah memarahi dua beradik di sebuah rumah memandangkan kedua-dua individu tersebut bersama keluarganya dikatakan menanggalkan gelang pink yang dipakai.

Kena marah Tok Penghulu

Lebih mengejutkan, mereka sewenang-wenangnya keluar dari rumah untuk bertemu rakan walaupun merupakan kontak rapat kepada inidivdu yang positif Covid-19.

Jalan2 jumpa kawan

Menerusi Harian Metro, kejadian tersebut difahamkan berlaku di Kampung Melayu, Padang Besar, Perlis. Lebih memburukkan keadaan, lelaki yang positif Covid-19 itu turut mengundang malapetaka kepada orang lain apabila individu yang ditemuinya turut menerima jangkitan.

Menurut Penghulu Dewan Undangan Negeri (Dun) Titi Tinggi, Beseri, Mata Ayer dan Chuping, Reswan Ramli, beliau menerima banyak aduan berkenaan keluarga tersebut oleh orang ramai.

“Saya menerima banyak aduan dan rungutan orang ramai di Padang Besar apabila melihat mereka sewenang-wenangnya keluar dan mengingkari arahan kuarantin diri di rumah untuk bertemu orang ramai.
“Malah, salah seorang daripada mereka sanggup memotong gelang kuarantin KKM dan difahamkan tindakan mereka bertemu rakan menyebabkan ada individu mempunyai kontak dengan mereka turut positif Covid-19,” katanya.

Tok Penghulu mengamuk, 2 beradik dikompaun RM8,000

Dah kena kompaun

Selain itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Saifudin Aslin Abbas turut memaklumkan yang dua beradik terbabit iaitu lelaki berusia 21 tahun positif Covid-19 manakala kakaknya berusia 24 tahun adalah kontak rapat telah diarahkan menjalani kuarantin di rumah dari 23 Ogos hingga 5 September hadapan.

“Dua beradik ini tinggal bersama keluarga mereka seramai empat orang di sebuah rumah di Kampung Melayu, Padang Besar.
“Tindakan mereka yang ingkar arahan untuk kuarantin di rumah ini jelas menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat.

“Jadi, kami mengeluarkan kompaun kepada lelaki itu sebanyak RM6,500 kerana memotong gelang kuarantin KKM, dengan sengaja keluar premis kuarantin, gagal mematuhi SOP serta membawa masuk rakan ke dalam premis kuarantin,” jelas beliau.

Kakak kepada lelaki tersebut pula dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 apabila sesuka hati keluar dari kawasan kuarantin dan tidak mematuhi SOP.

Berita Penuh : https://ohmymedia.cc/potong-gelang-pink-keluar-jumpa-rakan-2-beradik-di-kompaun-rm8000/

BACA JUGA : Sering lafaz cerai terhadap isteri, sekali suami nekad lafaz talak 10

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )