[VIDEO] Tular !!! 2 lelaki pakai ‘spender’ curi tabung masjid

Tindakan dua lelaki yang hanya berseluar dalam mencuri tabung masjid yang diletakkan di hadapan sebuah pejabat mengundang padah apabila aktiviti mereka dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Kejadian tersebut berlaku di Masjid Ikhlas Ar-Rahman, Sumatera Barat, Indonesia.

Video tersebut bagaimanapun, telah tular di media sosial dan meraih pelbagai respon daripada netizen.

Menerusi laporan yang dipetik daripada Tribun News, kejadian itu berlaku semalam, (5/9/2021) dan kedua-dua pencuri tersebut hanya memakai seluar dalam.

Tidak berakhir di situ, kedua-dua pencuri ini turut menutup wajah mereka menggunakan topeng dan tudung hitam.

Ujar Wali Nagari Batang Barus, Syamsul Azwar, tindakan pencuri tersebut berjaya dirakam dengan jelas menerusi CCTV yang berada di dalam masjid tersebut.

Tular !!! 2 lelaki pakai 'spender' curi tabung masjid

Masjid ini berada di depan Pejabat Bupati. Identiti pelaku tidak diketahui. Ya, pelakunya hanya memakai seluar dalam. Malam tadi ia berlaku.

Mengulas lebih lanjut, Syamsul turut mendakwa tabung yang berada di luar masjid juga turut dicuri. Apa yang lebih mengejutkan, apabila kejadian seumpama ini turut berlaku di masjid-masjid yang lain namun, tidak dapat dipastikan adakah ia angkara individu yang sama atau pun sebaliknya.

Tabung amal ini ada di dalam dan di luar. Bagaimanapun, kaca di dalamnya pecah Jumlah kerugian belum diketahui. Menerusi maklumat lain, kejadian ini turut berlaku di masjid-masjid yang lain.

Pada masa yang sama, dia turut berharap agar pihak polis dapat mengambil tindakan dengan segera.

Berita Penuh : https://ohbulan.com/video-pakai-spender-curi-tabung-masjid

BACA JUGA :
Suami isteri ditahan kerana tumbuk, cucuh puntung rokok & tekap bayi guna seterika
KEJAM !!! Pasangan suami isteri cungkil mata anak kerana sering dengar bisikan ghaib
Lelaki terkedu sedang bertugas di offshore, dapat berita tunang bakal nikah lelaki lain