Wajah bakal isteri Shahir Zawawi akhirnya didedahkan, peminat tumpang gembira

Wajah bakal isteri Shahir Zawawi akhirnya didedahkan, peminat tumpang gembira.RAMAI peminat Shahir Zawawi tumpang gembira apabila penyanyi kesayangan mereka mendedahkan bakal bertunang pada pertengahan Julai ini.

Diam-diam hatinya dicuri. Menurut sumber Diva, betullah, wanita pilihannya bukan calang-calang, seorang usahawan yang sukses, bijak dan jelita. Memang secocok dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan itu.

Sejuk mata memandang tengok si bakal suri hidupnya. Sudah namanya jodoh, tak sampai dua bulan kenal mereka sepakat langsungkan ikatan.

Difahamkan persiapan ke hari bahagia sudah hampir sempurna kerana selepas bertunang, pasangan tersebut enggan tunggu lama-lama.

Dikhabarkan September jadi bulan pilihan mereka melangsungkan pernikahan. Menerusi satu perkongsian dalam Instagram, bakal isteri Shahir pun sudah menjalani kursus perkahwinan bulan lalu.

Wajah bakal isteri Shahir Zawawi akhirnya didedahkan, peminat tumpang gembira

Apabila kedua-dua keluarga sudah bagi restu, tandanya kompang sudah boleh dipalu.

Kiranya sekarang, mereka kini cuma menunggu detik disatukan. Apa pun tahniah!

BACA:

Didakwa tak ada bukti nak saman Ira Kaza, ini jawapan Puteri Sarah

Upah potong ayam, ramai mengeluh “gilalah sekarang ni”…

Menteri Alam Sekitar antara disaman penduduk Taman Sri Muda kerana banjir