Walau Pernah Didenda RM120,000, Fans JDT Masih Buat Hal Lagi. Ini Amaran FAM

Walaupun JDT dah kena denda RM120000 dengan FAM, sekali fans JDT buat hal lagi, ini amaran FAM

SELEPAS berkali-kali berlakunya insiden pembakaran suar di Stadium Sultan Ibrahim, Johor sepanjang musim ini,

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan mengenakan denda terhadap Johor Darul Takzim (JDT).

Walaupun JDT dah kena denda RM120000 dengan FAM, sekali fans JDT buat hal lagi, ini amaran FAM

Berdasarkan satu kenyataan rasmi pada Khamis lalu, jaguh Liga Super itu diarahkan untuk membayar RM120,000 atas tiga kesalahan berbeza.

Keputusan terbabit dikenakan dengan harapan insiden sedemikian tidak berulang memandangkan ia hanya akan memberi kesan buruk kepada kesihatan mereka yang membanjiri stadium serba canggih.

Namun, mesej FAM itu seperti tidak kesampaian apabila penyokong JDT sekali lagi membakar suar ketika aksi Liga Super antara kelab berkenaan dengan Negeri Sembilan FC pada Sabtu lalu.

Kemenangan 2-0 yang diraih pasukan berkenaan menyebabkan ribuan yang hadir berasa terlalu ghairah akan kemenangan itu memandangkan mereka kini mempunyai kelebihan 14 mata berbanding pasukan di tangga kedua Liga Super, Selangor FC.

Bagi sesetengah pihak, suasana di stadium yang diselubungi asap berwarna merah cukup menarik dengan ada yang melabel ia tidak ubah seperti di Eropah.

Tetapi, pandangan itu tidak dikongsikan rata-rata penyokong bola sepak tanah air yang berpandangan hukuman lebih berat perlu dikenakan terhadap pasukan terbabit.

Baca : ‘Dah Bagi Sedekah Pun Menyalak Lagi’- Ayat Puteri Sarah Tuju Pada Ira Kazar Ke Tu?

Antara cadangan yang kini memenuhi ruangan media sosial ialah desakan untuk FAM atau Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk mengenakan pemotongan mata dalam Liga Super.

Perkara tersebut dilihat akan memberi kesan lebih mendalam terhadap reputasi JDT meskipun mereka mempunyai jurang amat besar dengan pasukan-pasukan lain.

Bagaimanapun, tindakan sebegitu seperti sukar untuk diambil memandangkan denda sedemikian tidak pernah dikenakan mana-mana badan bola sepak ternama.

Penyokong JDT sekali lagi membakar suar selepas aksi antara skuad Harimau Selatan dengan Negeri Sembilan FC. — Flash Sukan

JDT didenda RM120,000 gara-gara penyokong

Tambahan pula, keputusan berkenaan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya apabila kesemua pihak terlibat perlu melakukan proses perbincangan sebelum kata putus dapat dicapai.

Jadi, menyedari tindakan lanjut sukar dikenakan terhadap juara Liga Super sembilan kali berturut-turut itu mula sukar, segelintir individu memilih untuk menghangatkan semula isu berkenaan.

Seorang pengguna Facebook baru-baru ini memilih untuk berkongsi keratan akhbar yang memaparkan pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menegur penyokong kelab itu berkaitan isu penggunaan suar.

Laporan tersebut difahamkan bertarikh Januari 2014 dengan TMJ menyelar kedegilan sesetengah pihak yang dengan sengaja mencetuskan kontroversi di luar padang.

Tidak cukup dengan itu, figura ternama tanah air tersebut juga memberi amaran keras dengan akan melepaskan jawatan sekiranya perkara tersebut tidak dibendung dengan segera.

Petikan akhbar yang memaparkan TMJ pernah menegur penyokong JDT mengenai penggunaan suar.

Meskipun berita tersebut sudah disiarkan kira-kira sembilan tahun lalu, ia membuktikan bahawa TMJ mempunyai pandangan tersendiri mengenai penggunaan bahan terlarang di stadium itu.

Baca : JOHOR : Ayah Dari Neraka-Rogol 2 Anak Sendiri Sejak 2017 Hingga Hamil Ketika Usia 15 Tahun

Persoalannya, sekiranya sebahagian daripada penyokong JDT bertegas untuk menggunakan suar untuk memeriahkan lagi suasana, adakah terdapat pendekatan lain yang boleh diambil mereka?

Berdasarkan pemerhatian di sekitar Eropah, suasana di stadium masih boleh dihangatkan dengan mengibarkan tifo di seksyen khas sebelum perlawanan bermula.

Pendekatan demikian sering diambil di arena ternama seluruh dunia dengan Stadium Signal Iduna Park, Dortmund, Jerman menjadi contoh terbaik.

Meskipun tifo pernah dikibarkan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor sebelum ini, penggunaannya perlu dibuat dengan lebih kerap untuk menanam semangat dalam kalangan penyokong.

Tifo juga pernah dikibarkan penyokong bola sepak tempatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Selain itu, seni sedemikan juga pernah ditampilkan penyokong bola sepak tempatan ketika aksi pasukan negara di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tetapi, tifo dilihat akan menelan kos yang lebih besar dari segi penghasilan apabila lazimnya, ia hanya akan digunakan sekali sebelum diubah untuk perlawanan berikutnya.

Namun, penggunaan kain rentang itu dilihat lebih sesuai dan mesra penyokong memandangkan pembakaran suar secara terbuka berpotensi menyebabkan kesesakan nafas dalam kalangan golongan khas, seperti kanak-kanak dan warga tua.

Di samping itu, seni berkenaan tidak akan memberi kesan buruk terhadap fasiliti di stadium memandangkan penambahbaikan akibat pembakaran bahan itu mampu melakukan kerosakan.

Baca Selanjutnya :

Terpalit Rasuah, Menteri Pengangkutan Diarahkan Bercuti Oleh Perdana Menteri?

PILU!!! : Cikgu Tadika Di Melaka Tikam Anak OKU Sebelum Bunuh Diri Undang Kisah Sedih Dialaminya