Tular sebelum ini apabila terdapat seorang individu dari Terengganu menawarkan sebah Yamaha RX-Z dengan harga mencecah RM70,000. Isu tersebut sekaligus menjadi sebutan ramai melihatkan harga penjualan model tersebut suatu ketika dahulu jauh lebih rendah daripada harga yang ditawarkan.
Terbaru, trend yang sama kembali berulang namun pada kali ini melibatkan sebuah helmet yang didakwa dalam kategori rare iaitu SHOEI J Force2 berwarna kuning yang berjaya dijual dengan harga mencecah RM86,000.
Menariknya, kedai yang popular dengan penjualan helmet ini baru sahaja mengumumkan penawaran helmet ini sedia ditawarkan di kedai mereka dengan harga asal sebanyak RM100,000. Walau bagaimanapun, kedai ini turut memaklumkan sebarang tawar menawar turut dibenarkan.
Rezeki kedai ini apabila terdapat seorang wanita hadir ke kedai bagi mendapatkan model helmet dengan harga RM86,000. Bukan itu sahaja, wanita ini turut membayarnya secara cash yang turut dikongsikan gambarnya.
Di sebalik pembelian atas dasar minat, terdapat segelintir netizen yang turut mempertikaikan harga helmet tersebut yang didakwa terlalu mahal. Selain itu, netizen turut tertanya-tanya tujuan membuat transaksi besar secara cash berbanding pembayaran secara dalam talian yang jauh lebih selamat.
Dalam pada itu, pertanyaan netizen ini berjaya dijawab oleh pihak kedai yang memaklumkan transaksi dibuat secara rasmi di kedai di mana resit turut dikeluarkan serta turut dimasukkan dalam sistem.
Difahamkan pembeli helmet mencecah RM86,000 ini merupakan seorang founder produk kosmetik serta bertugas dalam menguruskan beberapa buah kantin.
Baca : Pemandu ambulans, nurse kena tangkap basah, akui dah 10 kali bersama