Wanita ini dakwa sudah 7 tahun tak boleh tidur kerana hidap Insomnia melampau

Wanita ini dakwa sudah 7 tahun tak boleh tidur kerana hidap Insomnia melampau

Seorang wanita di Kampung Warung Jati, Bandung Barat, Indonesia didakwa menderita masalah tidak dapat tidur sejak tujuh tahun lalu.

Wanita tersebut, Cucu, 45, mengakui bahawa dia mula kehilangan rasa mengantuk secara berkala bermula 2014 sebelum tidak dapat tidur langsung hingga kini.

Difahamkan, pelbagai ikhtiar rawatan pernah dicuba oleh ibu kepada dua anak ini, namun semuanya masih belum membuahkan hasil setakat ini.

Wanita ini dakwa sudah 7 tahun tak boleh tidur kerana hidap Insomnia melampau

Kisah Cucu yang didakwa mengalami insomnia melampau tersebut tular di media sosial hingga tiba ke pengetahuan pihak kesihatan.

Bagaimanapun Pegawai Kesihatan Bandung Barat, Aam Wiriawan berkata, pihaknya belum lagi menerima laporan mengenai kes yang dialami wanita tersebut.

“Belum ada maklumat baik lisan mahupun hitam putih. Nanti kita akan minta pusat kesihatan masyarakat untuk buat semakan dan tindakan lanjut bagi jangka pendek dan panjang,” katanya, memetik laporan Suara.com.

Berita Penuh : https://siakapkeli.my/2021/09/02/insomnia-melampau-wanita-dakwa-dah-7-tahun-tak-boleh-tidur/

BACA JUGA : ANEH !!! Korea Selatan anjur pertandingan untuk tidak buat apa-apa