Wanita luah hilang RM163,000 di empat bank tempatan terkemuka

Oleh Admin

Wanita luah hilang RM163,000 di empat bank tempatan terkemuka. Isu scammer ini bagai tiada kesudahan. Semakin licik dan ramai menjadi mangsa. Terkini, seorang pengguna fb, Azura Photobook berkongsi duitnya RM163 k hilang dalam tempoh sehari melibatkan empat buah bank iaitu Public Bank, CIMB Bank, Maybank dan Bank Rakyat.

Dalam perkongsiannya, individu dikenali sebagai Azura Photobook ini menceritakan bagaimana dia kemurungan selepas kehilangan hampir keseluruhan wang yang disimpan menerusi empat akaun bank berbeza.

“Duit saya lagi banyak kena scam tinggal lagi kes tak viral sahaja. Hancur lebur kemurungan. RM163 K tak akan boleh lupa sampai bila-bila. Bank, Cimb Bank, Maybank dan Bank Rakyat,” katanya menerusi kiriman di facebooknya.

Katanya, seringkali kali kita mendengar ramai yang menjadi mangsa kepada penipuan scammer.

Wanita Kongsi Wang RM163K Lesap Dalam Sehari Di 4 Bank

Wanita luah hilang RM163,000 di empat bank tempatan terkemuka

Baki tinggal RM20 dekat CIMB, memang gila scammer nie

Wanita luah hilang RM163,000 di empat bank tempatan terkemuka

Licin dikebas dalam sehari. Ada cecah RM50,000

Wanita luah hilang RM163,000 di empat bank tempatan terkemuka

Tinggal baki RM7 saja, memang menangis jadinya. Mana tak kemurungan
“Pada hari ini baru rasa terpangil bercerita tentang SCAMMER yang kejam. Inilah yang terjadi kepada diri saya sendiri akibat penipuan itu, saya kerugian RM163K iaitu kejadian berlaku pada 4 Julai 2022.

“Jalan cerita yang lebih kurang sama dengan saya. Hampir tiga minggu saya kemurungan yang amat teruk. Rasa dunia gelap rasa hilang semangat untuk teruskan hidup. Tetapi rasa redha dengan apa yang berlaku. Hati-hati mungkin berlaku kepada anda,” katanya.

Sumber: FB azuraphotobook

BACA JUGA :

Tular video remaja terkinja nyanyi ‘sikok bagi duo’ dipanah petir

Tular video lelaki tanpa seurat benang di heret buaya

Lelaki mimpi sedang potong daging rupanya potong zakar sendiri