Wanita sedih bila mentua beri bayi susu kambing dan madu, dakwa susu ibu tak berkhasiat. Ibu manalah yang tak sedih bila melihat anaknya sakit, lebih-lebih lagi apabila baru sahaja dilahirkan. Lebih pedih lagi apabila ia berpunca daripada campur tangan pihak lain.
Sumber melaporkan bahawa, memberi madu memang bagus untuk kanak-kanak tetapi bukan untuk mereka yang dibawah 12 tahun kerana ia boleh mengancam nyawa.
Mentua & suami suap susu kambing dan madu, dakwa susu ibu tak ada nutrisi dan susu formula haram
Satu video dikongsikan oleh seorang ibu yang menzahirkan rasa kesal dan sedih terhadap bayinya yang baru berusia 34 hari.
Bayinya itu telah diberikan susu kambing dan madu, katanya konon ia bagus buat bayi. Menurut si ibu, susu badannya tidak berfungsi dengan baik dan bayi itu dianggap kurang pemakanan oleh si nenek.
“Kerana kamu itu berkedut, makin kurus. Jadi ayah dan nenek kamu nak bagi kamu gemuk dengan herba sebab susu ibu itu tak ada nutrisi yang masuk dalam badan kamu. Susu formula haram!”
Kata si ibu ini lagi, sejak kejadian itu, bapa dan neneknya tidak bertanggungjawab, kerana keadaan kesihatan bayinya itu dikatakan merosot.
“Lihat keadaan kamu sekarang ibu selalu dihina, ibu tak boleh menjaga kami sebab tak boleh membesar dengan baik, makin kurus kamu nak.”
Ramai yang kesian melihat nasib bayi tersebut dan ada yang mengatakan bahawa susu ibu sebenarnya adalah susu yang terbaik buat bayi yang baru lahir. Bagaimanapun melihat keadaan bayinya sekarang, anaknya kini semakin sihat.
Berita Lain:
Ini 5 tabiat yang menyebabkan Air Cond kereta mudah rosak
Ramai terhibur lihat aksi kambing pura-pura mati elak dari ditangkap