RANA hutang, maruah diri jadi pertaruhan.
Begitulah kisah seorang wanita yang mendakwa diminta melakukan hubungan seks untuk melunaskan hutang berjumlah RM8,000 yang dipinjam daripada kawan baiknya sendiri.
Wanita itu berkata dia diberi pilihan untuk membayar hutang dengan kadar segera atau menyerahkan tubuh kepada bapa rakan baiknya itu.
“Saya terkejut. Semalam BFF (best friend forever) mengaku dia dengan ayah dia selalu melakukan hubungan seks.
Individu yang berdepan ugutan jenayah perlu membuat laporan polis. -Gambar hiasan
“Sekarang dia nak saya buat benda sama dengan ayah dia. Sebab bulan lepas dia ada bagi saya pinjam RM8,000 masa bisnes saya bermasalah.
“Jadi saya serba salah. Saya tak nak tapi dia suruh bayar terus (hutang) kalau tak nak. Saya tak sangka kawan baik macam tu,” ujarnya.
Kalau saya tak turuti, dia nak lapor polis yang saya tak bayar duit.
Menurut wanita berusia 29 tahun itu, dia buntu memikirkan masalahnya dan merancang untuk membuat pinjaman bagi melunaskan hutang berkenaan.
Dakwanya lagi, dia turut diugut oleh bapa kawannya yang mahu membuat laporan polis sekiranya gagal membayar hutang seperti yang diminta.
“Ada ke mana-mana tempat yang boleh cepat luluskan pinjaman? Saya nak terus je bayar dia. Semalam ayah dia sendiri call dan ajak saya.
“Kalau saya tak turuti, dia nak lapor polis yang saya tak bayar duit. Tolong. Mana nak dapat pinjaman cepat selain ah long?” ujar wanita itu menerusi laman X.
Perkongsian yang dibuat tanpa mendedahkan identiti pengadu itu dimuat naik ke platform itu pada Khamis pagi.
Rata-rata netizen menyelar tindakan dua beranak itu yang sanggup menganiaya orang yang sedang berdepan masalah kewangan.
(File PIX) photo of sex abuse at work place.( October 22, 2021)- AZHAR MAHFOF/The Star
Seks secara paksa merupakan satu kesalahan jenayah di Malaysia. -Gambar hiasan
Malah, mereka turut menasihati wanita itu agar mengumpul semua bukti dan membuat laporan kepada pihak berkuasa tentang ugutan berkenaan.
“Dalam perjanjian hutang pun tak sebut bayar guna seks. Silap-silap BFF tu boleh kena dakwa scam dan memperdagangkan manusia.
“Kumpul semua bukti, kau pergi buat laporan polis dulu. Nak buat pinjaman pergi bank, jangan pinjam ah long.
“Kau report juga yang dia suruh kau ‘main’ dengan ayah dia untuk langsaikan hutang kau. Itu kes lagi berat,” ujar netizen.