Wanita trauma terima surat lamaran jadi isteri kedua ustaz, “aku ni niat nak ibadah pergi masjid..”

Di bulan mulia ini maka ramailah yang berpusu-pusu ke masjid untuk beribadah dan solat tarawih untuk tambah pahala.

Tapi ada pula mereka yang tidak menjaga pandangan semasa beribadat, sibuk mencari makmum. Kalau yang pertama tak apalah juga ini untuk jadi kedua.

Seorang gadis trauma apabila menerima tawaran menjadi isteri kedua kepada seorang ustaz.

Wanita trauma terima surat lamaran jadi isteri kedua ustaz, "aku ni niat nak ibadah pergi masjid.."

Menurut TribunJateng, tawaran tersebur diterima gadis itu dalam sehelai kertas yang diletakkan dalam sampul surat berwarna coklat.

Kandungan surat menyatakan bahawa seorang lelaki menggelarkan dirinya ustaz, meminta izin gadis itu untuk menjadikannya isteri kedua.

“Asalamualikum. Jujur dari awal saya nampak kamu solat di masjid, hati ini berdebar kencang.

“Saya tak nak berbasa-basi, saya nak meminang kamu untuk jadi isteri kedua saya,” isi kandungan surat tersebut.

Rajin ke masjid untuk solat tarawih

Siapa menyangka niat murni ke masjid untuk menunaikan solat tarawih akan berakhir seperti itu.

Pada mulanya dia menganggap surat tersebut adalah surat bantuan untuk anak yatim namun sangkaannya meleset apabila membaca kandungannya.

Kisah gadis itu kemudian tular di media sosial khususnya TikTok dan dimuat naik di akaun @rushkisses_.

Gadis berkenaan mengalami trauma hingga menyebabkan dia enggan menunaikan solat tarawih di masjid berkenaan.

Baca : Ramai buang kulit udang tanpa tahu rahsia disebaliknya, tolonglah jangan buang!