Bagi segelintir orang, proses melangkah masuk ke pintu feri dari lantai terminal boleh menjadi suatu hal yang cukup mendebarkan. Dengan keadaan yang terumbang-ambing dek pergerakan air laut, macam-macam kemungkinan terbayang di fikiran. Siapa menduga bagi seorang warga emas ini, mimpi buruk itu benar-benar terjadi kepadanya.
Belum sempat langkah masuk, feri sudah bergerak
Melalui perkongsian video orang awam bersama portal @mStar Online, saat itu wanita berkenaan sedang cuba melangkah masuk ke dalam feri yang masih berada di hadapan terminal. Namun belum sempat menghabiskan langkah, rupanya pengangkutan laut itu sudah memulakan pergerakan sekaligus menyebabkan dia tercebur ke dalam air laut.
Takde safety langsung, letaklah kayu pelantar…Jap, mak ada, mak ada, mak ada
Mujurlah paras air ketika itu masih sangat cetek lantas mengelakkan sebarang hal lebih serius berlaku. Menurut percakapan si perakam, dia mempertikaikan aspek keselamatan fasiliti di sana yang dipercayai tidak mempunyai kayu pelantar sebagai medium penghubung antara feri dan lantai terminal.
Sedang Langkah Masuk Feri Dah Bergerak, Warga Emas Tercebur Ke Laut
Kejadian berlaku di sebuah terminal feri di Mersing, Johor
Hingga saat ini, belum ada maklumat lanjut dilaporkan mengenai insiden berkenaan. Keadaan terkini warga emas berkenaan juga terus menjadi tanda tanya. Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah jeti besar di Mersing, Johor yang mana, feri tersebut bakal melakukan perjalanan ke Pulau Tioman, Rompin, Pahang.
KREDIT : Instagram mStar Online
Baca : ‘Hari biru sedunia’, ini punca berlaku rupanya