Fungsi perbualan yang hilang secara automatik atau “Dissappearing Message” telah lama hadir di WhatsApp untuk kesemua platform. Namun, ia terhad untuk 7 hari dan pengguna tidak mempunyai pilihan lain.
Hari ini, dua ciri baru ditambah pada fungsi “Dissapearing Messages” ini ialah:
Tetapkan sebagai lalai untuk semua perbualan. Ini bermakna semua perbualan yang dicipta selepas ini akan dipadam secara automatik.
Pilihan tempoh lebih banyak iaitu 24 jam, 7 hari atau 90 hari.
Bagaimanapun, “Dissappearing Messages” untuk kumpulan masih perlu ditetapkan secara manual. Peringatan, jika anda telah tetapkannya sebagai lalai, anda perlu menyahaktifkannya secara manual pada perbualan individu spesifik jika tidak mahu perbualan tersebut dipadam.
Setakat percubaan kami, fungsi ini masih belum tersedia dan kemas kini terbaru juga belum hadir. Berkemungkinan ia akan tiba dalam masa beberapa jam lagi.
Baca Juga : Viral !!! Video RXZ pertama di dunia “Start’ motor pakai “finger print”